Dua laluan pendakian di Cheras ditutup


  • Primer
  • Jumaat, 20 Mei 2022

Laluan pendakian di Bukit Apek dan Bukit Saga ditutup sementara daripada pengunjung.

LALUAN pendakian Bukit Apek dan Bukit Saga di Cheras, Selangor akan ditutup bagi memudahkan kerja penghantaran voltan tinggi oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Jabatan Perhutanan Selangor sebelum ini mengumumkan di laman Facebooknya bahawa Bukit Saga dan Bukit Apek ditutup atas sebab keselamatan bermula 5 Jun sehingga diberitahu kelak.

Jurucakap TNB memberitahu The Star, kedua-dua laluan mendaki itu terlibat dalam projek TNB untuk penjajaran unit pengurusan kuasa (PMU) Bentong-Selatan ke PMU Lenggeng.

Jurucakap itu berkata, kerja-kerja penyediaan tapak sedang dijalankan dan Bukit Apek terletak betul-betul di bawah grid TNB yang dicadangkan.

The Star masih belum menerima jawapan daripada TNB. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram