'Penyokong JDT baik-baik saja, mana ada koyak'


  • Podium
  • Jumaat, 20 Mei 2022

Aksi perlawanan JDT menentang Sri Pahang FC pada malam Rabu.

PERANG mulut antara penyokong bola sepak tanah air seakan-akan tiada kesudahan sebaik sahaja tamat perlawanan antara pasukan yang mereka minati.

Ini termasuk keputusan seri 2-2 ketika perlawanan antara Johor Darul Ta'zim (JDT) menentang Sri Pahang FC pada Rabu.

Ada yang menganggap JDT hampir diaibkan oleh Pahang pada aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, dekat Iskandar Puteri, Johor.

Apatah lagi, Harimau Selatan itu memegang status juara liga sebanyak lapan kali.

Justeru, terdapat segelintir pihak yang cuba membuat provokasi dengan mendakwa penyokong JDT 'koyak' atau terasa hati, selepas dibahan atau disakat oleh penyokong yang tidak berpihak kepada Harimau Selatan itu.

e07fe432-18dc-47fb-8dd3-f1033ba98d9d

Hantaran seorang individu yang menyakat penyokong JDT di laman Facebook.

Turut menyakat antara lain seorang individu menerusi hantaran di laman Facebook berkata: "Ramai betul budak-budak J koyak pagi ni. Disebabkan seri lawan kelab yang berada di tangga ke-8 liga. Itu pun reff (pengadil) bagi penalti last minute (saat-saat akhir),"

Menyangkal dakwaan itu, Sharil Naga Gayong berkata, apa yang lebih penting JDT tidak tewas dalam perlawanan tersebut sekali gus menjadikan kelab itu terbagus berbanding kelab-kelab lain dalam Liga Malaysia.

"Entah-entah haters (pembenci) JDT tu kot yang koyak rabak kerana tidak dapat menewaskan JDT, kelab terbaik Liga Malaysia," katanya.

template (68)

Penyokong JDT menafikan mereka 'koyak' selepas keputusan seri menentang skuad Tok Gajah pada Rabu.

Memberi pendapat sama, Roslan Ali berkata, peminat JDT dalam keadaan baik-baik sahaja, yang mana meskipun kelab itu kalah dalam mana-mana perlawanan namun peminat tetap memberi sokongan dan tidak bertindak memaki hamun para pemain.

"Ultras bagi sokongan hingga minit terakhir. Yang meroyan haters aje bila JDT seri atau kalah.

"Peminat JDT tahu yang akhir tahun tetap main bunga api. Bukan macam team kau yang hampir terkubur," bidasnya.

Ajis Rul berkata, mana-mana pasukan yang ternama pernah berdepan dengan keputusan seri, apatah lagi pasukan dalam Liga Malaysia.

Katanya, walaupun JDT tidak mempunyai jurulatih yang bagus, namun pemain-pemainnya memberi persembahan yang terbaik.

"Tahniah untuk pemain-pemain JDT," katanya.

Zainal Amir menulis: "Bagi team lain rentap barulah ada perlawanan tarak koyaklah biasa je haters yang koyak rabak. JDT ada kat atas tu sayup nampak tak? Kalau tak nampak pergi terjun laut ramai-ramai," — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram