Bukan saja tak jadi lauk tapi sempoi sakat JDT, Ulsan Hyundai pun boleh belajar


  • Podium
  • Khamis, 19 Mei 2022

Tangkap layar aksi Gomel menepuk tangan ketika pengadil menghadiahi sepakan penalti kepada Pahang ketika menentang JDT pada malam Rabu.

KEPUTUSAN seri 2-2 antara Johor Darul Ta'zim (JDT) menentang Sri Pahang FC pada aksi Liga Super pada Rabu menjadi kebanggaan penyokong skuad Tok Gajah.

Masakan tidak, keputusan itu menjadikan JDT yang juga penyandang juara liga lapan kali, hampir diaibkan di halaman sendiri dalam perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor.

Dalam aksi saingan itu, penyerang berbisa Bergson Gustavo Silveira Da Silva meletakkan skuad Harimau Selatan di depan menerusi jaringan pada minit ke-17 selepas menerima hantaran Fernando Martin Forestieri.

Skuad Tok Gajah berjaya memperoleh gol penyamaan menerusi rembatan Mohamad Saiful Jamaluddin dari luar kotak penalti pada minit ke-38.

Pahang kemudian menambah jaringan menerusi sepakan penalti Manuel Federico Hidalgo Gasparini pada minit ke-42 selepas Mahmoud Saleem Mahmoud Za'tara dijatuhkan dalam kotak penalti oleh Shahrul Mohd Saad daripada JDT.

Bersambung babak kedua, ketika perlawanan dilihat berpihak kepada Pahang, JDT dihadiahkan sepakan penalti setelah pengadil ternampak tolakan oleh Hasnul Zaim Zafri ketika bersaing dengan Bergson dalam kotak penalti.

Walaupun penjaga gol Pahang Mamadou Samassa cuba mengganggu tumpuan Bergson, pemain berasal dari Brazil itu berjaya menjaringkan gol penalti bagi menyamakan kedudukan pada minit ke-88.

Mengulas mengenai perlawanan itu, rata-rata penyokong Tok Gajah bertindak menyakat Harimau Selatan susulan keputusan seri tersebut.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Izzat Mahfuze berkata, Gomel bertindak menepuk tangan ketika pengadil menghadiahkan penalti kepada pasukannya.

"Sebab tahu dah mesti last minute kalau JDT tak dapat nak score, kena ada penalti, kalau tak masak la pengadil tu kena dengan owner JDT. Silap-silap tak boleh jadi pengadil la dah woi.

"Lepas tu last moment Gomel salam dengan pengadil JDT, entah apa yang dibebelnya, sampai Gomel cakap, lek lek, seri je bukan kalah. Haha," katanya geli hati.

template (64)

Tangkap layar komen netizen berhubung perlawanan Pahang menentang JDT pada malam Rabu.

Pada masa sama, Hussien Lampoyang berkata, Ulsan Hyundai dan Guangzhou FC perlu berguru dengan Pahang mengenai cara menyakat JDT.

"Tak perlu sampai herot mulut bercerita kehebatan pasukan sendiri, cukup sekadar menghantar pemain muda yang rata-ratanya kemetot belaka nak dibandingkan dengan pemain JDT," katanya.

Syed Ahmad Muhsin menulis: "Pujian buat pemain dan barisan coaching (jurulatih). Menghiburkan dan puas hati tengok pasukan terpaling Asia berpeluh."

Mira Mx Ind berkata: "Wuhuu... seri dengan JDT. Baru semangat camni dapat ikat team J. Congrats (tahniah) Sri Pahang FC. JDT tak lari dengan penalti dia tu.

"Jangan koyak lak sebab seri. Nice game SRP. Good job,"

DjYaa Sempoi menambah: "JDT tak ada taktik lain kalau dah kalah. Ref milik JDT nak buat macam mana. Dia ingat player (pemain) Pahang budak kampung yang boleh buat lauk. Please la. Malam ni Pahang tunjukkan permainan yang sebenar,"

JDT pada bulan lalu melakar kejutan apabila menewaskan pasukan berstatus bintang dari Korea Selatan, Ulsan Hyundai 2-1 pada aksi Kumpulan I Liga Juara-Juara Asia (ACL). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram