Siapa juara penalti Liga Super 2022, Jenalti ke?


  • Podium
  • Khamis, 19 Mei 2022

JDT bukan lagi pasukan yang menghasilkan jaringan gol melalui sepakan penalti — Agensi

SEPAKAN penalti ialah kaedah memulakan semula perlawanan bola sepak di mana pemain dibenarkan melakukan satu tendangan ke arah gol yang hanya dipertahankan oleh penjaga gol pasukan lawan.

Penalti akan dihadiahkan kepada pemain lawan sekiranya pemain yang bertahan melakukan kesalahan keatas pemain lawan atau menyentuh bola menggunakan tangan secara sengaja atau tidak sengaja dalam kawasan kotak penalti.

Dalam bola sepak, penalti akan diambil dari penanda penalti iaitu bulatan berwarna putih yang jaraknya 11 meter daripada gawang dan pemain yang mengambil sepakan penalti hendaklah dikenal pasti oleh pengadil.

Di dalam dunia sukan bola sepak Malaysia penalti telah mendapat perkataan baru iaitu 'Jenalti' yang merujuk kepada pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) kerana didakwa kerap kali mendapat sepakan penalti oleh penyokong tanah air.

nsfc

Negeri Sembilan kini menduduki tempat ke-3 dalam Liga Super 2022. — Facebook

1. Negeri Sembilan FC

Negeri Sembilan FC kini berada dalam prestasi yang agak baik apabila hanya mengalami satu kekalahan satu seri dan tiga kemenangan daripada lima perlawanan terakhir di dalam liga.

Skuad bimbingan K.Devan yang baru sahaja memasuki Liga Super 2022 selepas menjuarai Liga Perdana pada tahun 2021 kini telah berjaya menjaringkan 11 jaringan gol dan empat darinya hasil jaringan sepakan penalti.

pahang

Sri Pahang FC kini kini menduduki tempat ke-7 dalam Liga Super 2022. — Facebook

2. Sri Pahang FC

Sri Pahang FC atau lebih dikenali sebagai Tok Gajah hampir meleburkan rekod JDT apabila mereka terikat 2-2 ketika menentang Sri Pahang di Stadium Sultan Ibrahim pada Rabu.

Walaupun skuad Sri Pahang FC pada musim ini dibarisi oleh pemain-pemain muda tetapi tidak menjadi halangan buat mereka untuk mencipta 11 jaringan gol dan tiga darinya melalui sepakan penalti.

sel

Selangor FC kini kini menduduki tempat ke-6 dalam Liga Super 2022. — Facebook

3. Selangor FC

Selangor FC kini sedang bergelut di dalam Liga Super 2022 kerana telah bolos sebanyak sembilan gol dan menduduki tempat keenam dari 12 pasukan yang bersaing pada musim ini.

Walaupun begitu, skuad bimbingan Michael Feichtenbeiner berjaya menghasilkan 12 gol daripada lima perlawanan terakhir dan tiga daripada jaringan tersebut melalui sepakan penalti.

jdt

JDT kini kini menduduki tempat pertama dalam Liga Super 2022. — Facebook

4. Johor Darul Ta'zim

Johor Darul Ta'zim atau JDT merupakan pasukan yang paling konsisten memenangi kejuaraan liga dari tahun 2014 sehingga 2021 dan telah mencipta sejarah baru dunia bola sepak Malaysia dengan menjadi juara liga tujuh kali berturut-turut.

JDT sering dikaitkan dengan perkataan 'Jenalti' yang dicipta oleh peminat tanah air kerana didakwa perlawanan yang melibatkan pasukan Harimau Selatan itu sering kali mendapat sepakan penalti.

Skuad bimbingan Benjamin Mora kini menduduki tangga teratas liga tanpa sebarang kekalahan dan telah menjaringkan 15 gol dan dua darinya merupakan sepakan penalti.

srwk

Sarawak United kini kini menduduki tempat-10 dalam Liga Super 2022. — Facebook

5. Sarawak United FC

Sarawak United sedang bergelut dalam memperbaiki kedudukan liga selepas bekas jurulatih mereka Elavarasan telah meletakkan jawatan untuk menjadi pembantu jurulatih pasukan kebangsaan yang baru.

Sarawak United yang kini dibimbing oleh pengarah teknikal pasukan mereka iaitu B. Sathianathan, telah berjaya menjaringkan lapan gol dan dua darinya merupakan hasil jaringan penalti.

pinang

Pulau Pinang FC kini kini menduduki tempat terakhir dalam Liga Super 2022. — Facebook

6. Pulau Pinang FC

Pulau Pinang yang baru sahaja melantik pembantu jurulatih mereka Manzoor Azwira selepas pemecatan jurulatih import mereka iaitu Thomas Trucha selepas mengalami kemerosotan prestasi.

Semasa bimbingan Trucha, Pulau Pinang berjaya mencatat lima kekalahan dan dua seri selepas tujuh perlawanan serta berjaya mencipat sembilan jaringan gol dan dua darinya hasil sepakan penalti.

ganu

Terengganu FC kini kini menduduki tempat ke-11 dalam Liga Super 2022. — Facebook

7. Terengganu FC

Skuad penyu bimbingan Nafuzi Zain kini berada dalam kedudukan yang ke-11 di antara 12 pasukan yang bersaing di dalam Liga Super selepas empat perlawanan dengan dua kemenangan dan dua kekalahan.

Walaupun di awal musim ditimpa sedikit masalah di kem pasukan mereka ia tidak menghalang pasukan ini menjaringkan lima gol dan satu darinya melalui hasil sepakan penalti.

8. Kedah Darul Aman FC dan Sabah FC

Kedah Darul Aman FC sedang bersiap sedia bagi menghadapi saingan Piala AFC 2022 pada Jun nanti dengan berjaya menduduki tempat keempat di dalam Liga Super Malaysia 2022 dengan empat kemenangan dari sembilan perlawanan liga.

Manakala skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee iaitu Sabah FC juga berada di landasan terbaik bagi mencabar kejuaraan liga dengan memenangi lima perlawanan dan dua seri dari baki tujuh perlawanan yang lalu.

Kedah Darul Aman FC dan Sabah FC kini telah merekodkan jaringan yang sama iaitu sebanyak 13 gol dan satu darinya melalui sepakan penalti.

Jika mengikut statistik jaringan penalti selepas sembilan perlawanan Liga Super 2022, JDT bukanlah pasukan tertinggi dalam menghasilkan gol melalui sepakan penalti. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram