Tok Gajah cipta 3 rekod rentap ego JDT


  • Podium
  • Khamis, 19 Mei 2022

JDT hanya mampu berpuas hati selepas rekod kemenangan berturut-turut mereka dirobek oleh Sri Pahang.

PASUKAN gergasi di selatan tanah air, Johor Darul Takzim (JDT) hampir sahaja dimalukan oleh Sri Pahang FC apabila hanya mampu memungut satu mata selepas seri 2-2 dengan skuad Tok Gajah di Stadium Sultan Ibrahim, (SSI) Iskandar Puteri, Johor pada Rabu.

Dalam saingan kesembilan Liga Super itu, JDT berhasil memperoleh jaringan pertama dari Bergson Da Silva pada minit ke-17, manakala Mohamad Saiful Jamaluddin berjaya mendapat gol penyamaan untuk Sri Pahang.

Pada minit ke-42 pula, skuad di bawah kendalian Christophe Gamel itu berjaya menambah jaringan menerusi sepakan penalti Manuel Hidalgo, tidak ingin tertinggal ke belakang Bergons sekali lagi menyumbang gol pada babak kedua selepas dihadiahkan penalti oleh pengadil.

Sedar atau tidak, keputusan pada perlawanan itu menyaksikan Sri Pahang berjaya mencipta tiga rekod baharu menentang JDT sehingga penyokong bola sepak tempatan berpendapat pasukan Korea Selatan, Ulsan Hyundai perlu belajar dari skuad Tok Gajah.

1) 14 bulan, pasukan pertama ikat JDT di SSI selepas seri 1-1 dengan Selangor pada 17 Mac 2021.

Untuk rekod, pasukan Harimau Selatan kali terakhir mencatat seri adalah pada perlawanan menentang Selangor FC iaitu pada 17 mac 2021 yang mana ketika itu masing-masing memperoleh satu jaringan.

SELANGOR JDT

Bergson turut menyumbang gol pada perlawanan menentang Selangor FC.

Keputusan seri 1-1 itu menyaksikan Selangor FC membuat kejutan dengan jaringan menerusi penyerang import Ifedayo Olusegun seawal minit ketujuh permainan dan JDT membalas balik menerusi gol dari Bergson pada minit ke-11.

Selepas 14 bulan, Sri Pahang menjadi pasukan pertama memecahkan rekod dengan merantai JDT dengan keputusan 2-2 dan perkara itu mengejutkan penyokong bola sepak kerana sebelum ini prestasi skuad itu dikira kurang cemerlang sepanjang Liga Super 2022.

2) Pasukan pertama robek JDT dengan lebih satu gol di SSI sejak seri 3-3 dengan Terengganu pada 19 Jun 2019.

Rekod baharu untuk Sri Pahang lagi apabila jaringan dua gol itu menjadikan skuad berkenaan sebagai pasukan pertama yang merobek JDT dengan lebih satu jaringan sejak seri 3-3 dengan Terengganu pada 19 Jun 2019.

Perlawanan pada tiga tahun lalu itu menyaksikan kemusnahan skuad JDT kerana hanya mampu mencatat seri bejumpa dengan Terengganu FC meskipun orang ramai beranggapan rezeki akan berpihak pada tuan rumah.

JDT GANU

Perlawanan sengit antara JDT dan Terengganu yang mencatat seri 3-3 pada 2019.

JDT yang mendahului 3-1 pada babak pertama perlawanan berada dalam kedudukan selesa namun tidak bertahan lama selepas gawang pasukan itu berjaya ditembusi oleh Terengganu pada babak kedua.

Setelah perlawanan pada 2019 itu, JDT tidak pernah seri lebih satu jaringan apabila menentang pasukan lain namun rekod itu terpaksa terkubur selepas Tok Gajah mencatat dua jaringan dan sekali gus mengikat seri skuad dibawah kendalian Benjamin Mora itu.

3) Pasukan pertama ikat JDT untuk musim 2022.

Selepas sembilan aksi, JDT terpaksa melupakan hasratnya untuk memegang rekod kemenangan berturut-turut apabila terpaksa akur dengan keputusan seri menentang Sri Pahang.

Meskipun, pasukan Pahang sebelum ini hanya mencatat dua kemenangan sepanjang Liga Super musim 2022 tapi itu tidak menjadi alasan untuk mereka bermain sehabis baik menentang skuad gergasi itu.

Seri 2-2 dengan JDT memberi rekod baharu kepada Sri Pahang kerana menjadi pasukan pertama mengikat Harimau Selatan pada musim 2022 dan membuatkan ramai yang tergamam dengan prestasi cemerlang Tok Gajah.

Dengan keputusan seri ini, Sri Pahang kini berada pada tangga ketujuh Liga Super 2022, manakala JDT masih mendahuhuli dengan perolehan sebanyak 16 mata dengan lima kemenangan sepanjang 6 perlawanan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram