‘Pi mai tang tu’ — Ini import ‘kitar semula’ yang masih kekal di Liga Super


  • Podium
  • Khamis, 19 Mei 2022

Kpah Sherman antara import paling lama beraksi dalam liga tempatan.

MUNGKIN senang bekerja dengan liga tempatan ataupun sudah selesa tinggal di Malaysia.

Itu antara kemungkinan kepada pemain import dalam liga tempatan yang masuk ke negara ini dan memilih untuk kekal dalam liga tempatan walaupun bersama dengan pasukan yang berbeza.

Selain itu, ada kemungkinan juga setiap ejen pemain lebih mudah berurusan dengan kelab-kelab tempatan dan itu menyebabkan pemain import kekal dalam Liga Malaysia.

Berikut adalah lima pemain import yang masih kekal dalam liga tempatan dan sudah beraksi untuk pelbagai kelab.

Believe it or not: Defender Herold Goulon (right) is Negri’s top scorer with five goals.

Herold Goulon (kanan)

Herold Goulon (Sri Pahang ke Negeri Sembilan FC — 3 tahun)

Memiliki ketinggian 195cm, Goulon merupakan tonggak utama skuad Tok Gajah pada musim 2019 hingga 2021.

Goulon pernah menjadi buah mulut para peminat bola sepak tempatan apabila melakukan jaringan sepakan percuma jarak jauh ketika aksi separuh akhir pertama Piala FA, Pahang menentang Perak pada bulan Jun 2019.

Goulon kini beraksi bersama NSFC dan telah menjaringkan empat gol dalam lima perlawanan.

Ini menjadikannya sebagai rekrut terbaik bagi pasukan NSFC dan mendapat pujian pengendali pasukan itu, K. Devan.

ifedayo

Ifedayo Olusegun

Ifedayo Olusegun (Selangor FC ke Melaka United — 5 tahun)

Bekas peledak kelahiran Nigeria itu pulang ke pangkuan pasukan Hang Tuah selepas tiga tahun meninggalkan skuad berkenaan.

Prestasi cemerlang Ifedayo musim ini antara pilihan Melaka menawarkan tempat sekali gus diyakini mampu memberi pulangan lumayan kepada skuad Hijau Putih.

Ifedayo mula menyarung jersi Felda United 2017 sebelum menyertai Melaka 2018 dan ke Selangor selepas itu namun kali ini kembali semula menyertai skuad Hang Tuah.

WhatsApp Image 2022-05-18 at 10.40.54 AM

Jang Suk-Won

Jang Suk-Won (Melaka United ke Kedah Darul Aman FC — 3 tahun)

Pemain berusia 32 tahun berasal dari Seoul, Korea Selatan itu adalah bekas pelatih skuad kebangsaan Korea Selatan Bawah 20 dan 23 tahun dan pernah mewakili pasukan Seongnam FC dan Fagiano Okayama sebelum beraksi dengan Melaka United sejak musim 2019.

Bersama dengan Melaka United, Suk Won antara pemain utama yang membantu kebangkitan Melaka United FC musim 2021 sehingga layak ke separuh akhir Piala Malaysia.

119065213_4314066691999136_5303765681538122866_n

Francis Kone

Francis Kone (Negeri Sembilan FC ke Sarawak United — 2 tahun)

Kone yang merupakan bekas pemain kebangsaan Togo memiliki ketinggian 1.89 meter memulakan karier seniornya bersama kelab Al-Musannah, Oman pada tahun 2012-2013.

Selain itu, dia juga pernah beraksi bersama Kuala Lumpur pada tahun 2020 sebelum diikat Negeri Sembilan musim lepas.

Kone merupakan penyerang utama Negeri Sembilan FC yang berjaya membantu skuad itu menjuarai Liga Premier musim 2021.

Looking for a repeat: Kpah Sherman (left) and company can take inspiration from last season when Terengganu were the only side to beat JDT at their own den. — Terengganu FC Facebook

Kpah Sherman (kiri)

Kpah Sherman (Kedah Darul Aman FC ke Terengganu FC — 5 tahun)

Berdasarkan rekod, Sherman mula beraksi dalam saingan Liga M sejak 2017 bersama pasukan Majlis Sukan India Malaysia- Persatuan Bolasepak India Malaysia (MISC-MIFA) sebelum berhijrah bersama pasukan PKNS pada 2018 dan KDA FC selama dua musim bermula 2019.

Bersama KDA FC, Sherman berjaya meledak 13 gol pada musim 2021 untuk pasukan tersebut namun memilih bersama TFC pada musim 2022 kerana meminati gaya permainan skuad Penyu yang baginya mampu meningkatkan lagi kualiti permainan yang ada padanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram