Penyokong makin berani, dakwa pengadil jadi tak cerdik kalau kendali perlawanan JDT


  • Podium
  • Khamis, 19 Mei 2022

Pemain pertahanan tuan rumah Aidil Zafuan (JDT) menghalang pergerakan pemain import pasukan pelawat Mahmoud Za'tara (Sri Pahang) di Stadium Sultan Ibrahim pada Rabu — Facebook

PERLAWANAN membabitkan dua pasukan iaitu Johor Darul Ta'zim (JDT) bertemu Sri Pahang FC berakhir dengan kontroversi penalti apabila pemain tuan rumah didakwa dikasari oleh pasukan pelawat pada babak akhir permainan.

Pengadil bertugas Zuhaidi Dzulkifli memberikan sepakan penalti kepada Bergson Da Silva (JDT) apabila ada halangan yang dilakukan oleh Hasnul Zaim (Sri Pahang) pada minit ke-88 perlawanan.

Keputusan yang dilakukan oleh pengadil bertugas telah mendapat bantahan daripada pemain-pemain Sri Pahang FC kerana dilihat tiada sentuhan keras yang dilakukan oleh pemain mereka ke atas Bergson (JDT).

Susulan perlawanan itu, rata-rata penyokong Tok Gajah berbalah di media sosial berikutan keputusan penalti yang diberikan pengadil kepada pihak tuan rumah pada Rabu.

WhatsApp Image 2022-05-19 at 10.57.41 AM

Rata-rata penyokong Tok Gajah tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil memberikan penalti kepada JDT pada minit akhir perlawanan. Facebook

Menerusi hantaran di laman Facebook, Aiman Haziq tidak berasa hairan dengan keputusan yang dilakukan oleh pengadil-pengadil Malaysia kerana itu sahaja kualiti penilaian pengadil yang ada di negara ini.

"Dah memang itu sahaja kualiti pengadil Liga Malaysia, bukan sekarang baru jadi tapi dari dulu lagi," katanya.

Pada masa sama, Muhammad Azim berpendapat banyak pengadil apabila melibatkan perlawanan JDT akan membuat keputusan yang tidak tepat.

"Katanya JDT adalah kelab pertama yang akan menggunakan VAR, saya rasa sebab ini punca dia, ref kebanyakan jadi tak cerdik bila 'game' (perlawanan) yang melibatkan JDT, mereka ingat kalau 'backup' JDT TMJ akan bagi duit," dakwanya.

John John pula berkata: "Malu wehhh, dapat seri pun ihsan dari pengadil."

Hiburan Semasa pula meulis: "Pengadil dan pemain Malaysia sama, kualiti mampu setakat itu sahaja."

JDT-vs-Pahang

Perseteruan antara JDT dan Pahang bermula sejak tahun 2013 Agensi

JDT dan Pahang merupakan seteru utama sejak 2013 apabila dalam aksi pertama saingan Liga Super 2013, ketika itu pasukan JDT baru melakukan 'rebranding' daripada Johor FC kepada JDT oleh presiden merangkap pemilik kelab itu, Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ).

Dalam pertemuan menarik yang diadakan di Stadium Darul Makmur, kemenangan berpihak kepada Pahang yang kembali bangkit daripada ketinggalan 0-2 kepada 3-2 dan itu merupakan kekalahan pertama JDT dan terus menjadi bahan ejekan penyokong Pahang sehingga kini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram