KETUA jurulatih Sri Pahang FC, Christophe Gamel mengesahkan terdapat beberapa pemain dalam pasukannya berdepan kecederaan dan bakal melakukan sedikit perubahan dalam perlawanan Liga Super menentang Johor Darul Takzim (JDT) pada Rabu.
Kali terakhir Sri Pahang menang ke atas JDT dalam saingan Liga Super adalah pada tahun 2014 dan Gamel enggan melihat rekod itu sebagai tekanan memandangkan skuadnya kali ini lebih menggunakan kudrat pemain muda.
Strategi yang akan digunakan oleh jurulatih dari Perancis itu dilihat bakal memakan diri memandangkan kesebelasan utama JDT kendalian Benjamin Mora terdiri daripada pemain import dan kacukan yang berbisa.
"Kau hantar team muda-muda, ingat JDT nak ikut sama ke? JDT tetap anggap setiap game adalah penting...misi buru kemenangan seterusnya," kata seorang penyokong, Zaidi Mohd Noh pada Rabu.
Komen seorang penyokong terhadap pertemuan antara JDT dan Sri Pahang FC pada malam ini. — Facebook
Seorang penyokong Sri Pahang FC, Aasyraf Mohamad pula dilihat seolah-olah mencabar JDT apabila menuntut skuad Harimau Selatan itu menurunkan 100 peratus pemain muda tempatan.
"Skuad Sri Pahang hantar skuad muda saja... Kalau JDT berani turunkan 100 peratus pemain lokal lawan Sri Pahang. Itupun dah dikira satu keajaiban dah (bagi pasukan JDT).
"Andai kata JDT turun skuad muda juga... korang siap sedia la esok kiamat," katanya di Facebook Semuanya BOLA Group.
Komen seorang penyokong terhadap pertemuan antara JDT dan Sri Pahang FC pada malam ini. — Facebook
Bagaimanapun, tidak mustahil JDT mampu melengkapkan kesebelasan utama terdiri daripada pemain muda tempatan memandangkan skuad gergasi Liga Super itu dibarisi ubi muda yang boleh diharapkan termasuk wonderkid, Arif Aiman Hanapi.
Berikut ialah bayangan kesebelasan utama JDT terdiri daripada pemain muda tempatan:
Penjaga gol: Haziq Nazli - 24 tahun
Pertahanan:
Feroz Baharudin - 21 tahun
Syahmi Safari - 23 tahun
Daryl Sham - 19 tahun (JDT II)
Firdaus Ramli - 20 tahun (JDT II)
Akhyar antara pemain muda tempatan yang boleh membarisi kesebelasan utama JDT ketika menentang Sri Pahang FC malam ini. — Facebook
Pemain tengah:
Syamer Kutty Abba - 24 tahun
Danial Amier Norhisham - 24 tahun
Danial Haqim Draman - 24 tahun (JDT II)
Penyerang:
Ramadhan Saifullah Usman - 21 tahun
Akhyar Rashid - 22 tahun
Arif Aiman Hanapi - 19 tahun
Untuk rekod, JDT kini berada di kedudukan teratas carta Liga Super dengan 15 mata di hadapan Sabah FC (15 mata) dan Negeri Sembilan FC (15 mata). — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram