PEMAIN warisan Harimau Malaya, Dion Cools menjadi pemain paling bernilai dalam skuad kebangsaan menurut laman Transfermarkt.
Dalam kemas kini terbaharu laman itu bulan ini, nilai pertahanan Zulte Waregem itu jatuh 250,000 Euro (RM1.17 juta) kepada 850,000 Euro (RM3.97 juta).
Nilai tertinggi yang pernah dicapainya adalah sebanyak tiga juta Euro (RM14 juta) pada 2018.
Bagaimanapun, Cools masih lagi merupakan pemain Harimau Malaya paling bernilai ketika ini.
Di tangga kedua adalah pemain Johor Darul Takzim (JDT), Corbin Ong dengan nilai sebanyak 375,000 Euro (RM1.75 juta).
Seterusnya adalah pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi yang bernilai 350,000 Euro (RM1.63 juta).
Dua pemain JDT, Safawi Rasid dan Shahrul Saad masing-masing berada di tangga keempat dan kelima dengan nilai sebanyak 325,000 Euro (RM1.5 juta) dan 250,000 Euro (RM1.17 juta).
Pemain tengah Sri Pahang FC, Azam Azih turut mempunyai nilai sama seperti Shahrul.
Berikut senarai pemain kebangsaan paling bernilai:
1. Dion Cools (RM3.97 juta)
2. Corbin Ong (RM1.75 juta)
3. Liridon Krasniqi (RM1.63 juta)
4. Safawi Rasid (RM1.5 juta)
5. Shahrul Saad (RM1.17 juta)
= Azam Azih (RM1.17 juta)
7. Farizal Marlias (RM935,821)
8. Mohamadou Sumareh (RM818,844)
9. Khairulazhan Khalid (RM701,866)
= Faisal Halim (RM701,866)
= Syamer Kutty (RM701,866)
= Arif Aiman (RM701,866)
*Senarai adalah berdasarkan panggilan terkini skuad kebangsaan ketika perlawanan persahabatan FAS Tri-Nation Series di Singapura bulan lalu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram