Contohi JDT jika Kedah ingin menang lawan Sabah FC


  • Podium
  • Jumaat, 22 Apr 2022

Sabah FC akan menerima kunjungan KDA FC pada 24 April nanti di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah. — Facebook KDA FC

PERTEMBUNGAN Kedah Darul Aman (KDA) FC menentang Sabah FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah pada Ahad antara perlawanan yang ditunggu-tunggu peminat dan disifatkan sebagai aksi 'berprofil tinggi'.

Perlawanan kedua kumpulan itu akan menarik perhatian bola sepak tanah air kerana kedua pasukan itu berada tiga teratas liga dengan Kedah mengumpul sebanyak 12 mata manakala Sabah FC memperoleh 9 mata di Liga Super 2022 musim ini.

Bagi penyokong tegar KDA FC, jurulatih Aidil Sharin Sahak perlu menggunakan taktikal yang kemas semasa menentang skuad The Rhinos ekoran ramai pemain berpengalaman di Sabah FC terutamanya bekas pemain KDA FC iaitu Baddrol Bakhtiar dan Rizal Ghazali.

baddroll

Pada 1 Disember, skuad Sang Badak mengumumkan Baddrol secara rasmi berada dalam senarai pasukan itu bagi menghadapi saingan Liga Super.

"Jangan lupa untuk garap taktikal kemas. Dua bekas player kita ada di Sabah. Bahkan ada ramai pemain berpengalaman di Sabah. Jadi kena fikir cara untuk pangkah mereka.

"Kita ada pemain muda ramai..main tempo laju dengan hantaran pendek macam mana pasukan Indonesia hukum pasukan Malaysia tempoh hari. Crossing dan pass elok dekat Ngah Wanja (Wanja Ronald Ngah) dia boleh skor," kata pengguna Facebook, Hadi Naka.

Malah, pengguna Facebook itu turut memberi nasihat untuk penyerang yang makin menyerlah iaitu Syafiq Ahmad untuk cuba bermain di luar kotak penalti dan seterusnya boleh membuka ruang pemain lain membuat cubaan jaringan.

WhatsApp Image 2022-04-21 at 19.41.45

Tangkap layar pendapat pengguna Facebook, Hadi Naka.

Dia juga berpendapat kunci untuk KDA FC boleh mengikat Sabah FC pada perlawanan nanti adalah bermain dengan penuh disiplin sebagaimana Johor Darul Takzim boleh menang ke atas kelab gergasi Korea Ulsan Hyundai FC.

"Winger mainkan aspek penting untuk kucar-kacirkan pertahanan. Pemain tengah mengawal bahagian tengah dan cuba untuk tekan mereka. Cari titik kelemahan depa dan manfaatkan sebaik yang mungkin.

"Tak pelik jikalau kita boleh skor banyak gol jikalau kita bermain dengan penuh disiplin. Kita boleh tengok JDT boleh menang dengan pasukan dari Korea. Liverpool boleh menang dengan MU. Harap jurulatih buat percaturan yang baik," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram