JOHOR Darul Takzim (JDT) meneruskan persembahan mantap di saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) apabila berjaya mengikat gergasi Jepun, Kawasaki Frontale 0-0 di Stadium Sultan Ibrahim pada Jumaat.
Keputusan itu menyaksikan JDT kekal di tangga teratas Kumpulan I dengan tujuh mata dan berpeluang cerah untuk memburu slot ke pusingan kedua ACL.
Perlawanan itu turut menarik perhatian bekas pemain kebangsaan Australia dan Liga Perdana Inggeris (EPL), Tim Cahill yang turut menontonnya.
Cahill memuat naik satu hantaran Instastory menunjukkan dia sedang menonton perlawanan itu dan menyebut nama pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Balasan Tunku Ismail terhadap Instastory Cahill.
Sebahagian peminat bola sepak tempatan teruja menyaksikan hantaran Instastory Cahill itu dan ada yang seperti tidak percaya pemain itu turut menonton perlawanan JDT.
"Legenda Everton dan Australia," kata Liew Chun Yen.
"Dia skor gol volley cantik lawan Belanda World Cup 2014," ujar Mohd Asyraf Azizan.
"Mamat volley world cup," kata Dong Feng pula.
Cahill merupakan bekas pemain kebangsaan Australia dan pernah bermain di EPL bersama Everton dari 2004 hingga 2012.
Dia secara rasminya menggantung but pada 1 April 2019 dengan kelab terakhir yang diwakilinya adalah Jamshedpur FC yang beraksi di Liga Super India.
Cahill pernah beraksi di empat edisi Piala Dunia iaitu pada 2006, 2010, 2014 dan 2018. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram