'Gergasi Merah lembik lawan TFC, tak macam masa lawan Kedah'


  • Podium
  • Sabtu, 23 Apr 2022

Antara aksi menarik dalam perlawanan Liga Super antara Selangor FC dan TFC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak pada Jumaat. — Bernama

SELEPAS menampilkan aksi cemerlang membelasah Kedah Darul Aman (KDA) FC 4-1 pada perlawanan sebelum ini, Selangor FC gagal mengulangi persembahan sama apabila tewas 0-2 kepada Terengganu FC (TFC) dalam aksi Liga Super pada Jumaat.

Pemain Selangor FC dilihat seperti hilang arah berdepan dengan Sang Penyu dan permainan yang ditampilkan pada perlawanan itu amat berbeza ketika mereka menumpaskan KDA FC.

Rata-rata peminat The Red Giants berang dengan persembahan hambar yang ditampilkan anak buah Michael Feichtenbeiner di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak itu.

Di ruangan komen Facebook Selangor FC, para peminat meluahkan rasa tidak puas hati dan mempersoalkan cita-cita pasukan.

"Apa management buat ni? Adakah ini level kita? Dalam enam hingga tujuh tahun tak berubah apa. Mana individual quality, counter passing dan pressing?

"Pemilihan local dan import yang agak sampah dan taktikal coach yang tak tau mana hala tuju sebenarnya. Lawan Kedah tu nasib saja rasanya kebetulan mood Kedah down tu yang nampak macam Selangor kuat, tapi overall gameplay Selangor sampah, sikit pun tak tumpah seperti team enam tahun lepas, management yang tiada hala tuju yang penting masyuk," kata Muhammad Redhwan Amin.

278618064_398033765661691_6522416374421423006_n

Pemain Selangor, Nik Sharif (dua dari kiri) bersaing dengan pemain TFC, Habib Haroon (kanan) dalam aksi Liga Super pada Jumaat. — Selangor FC

Seorang lagi penyokong, Rahmat Harris berpendapat bahawa pemain yang mewakili Selangor II di Liga Super hanyalah layak untuk bermain di Liga Premier bersama Selangor FC II.

"Semua pemain Selangor tahun ni tidak ada jiwa Selangor... hanya ada jiwa Selangor II... maksudnya team Selangor standard Liga Premier saja... pihak pengurusan sila selesaikan segera kekalutan team Selangor ini," katanya.

Sementara itu, Md Fz Zd pula tidak berpuas hati dengan gaya permainan Selangot FC yang tidak masih tidak berubah seperti dulu.

"Membosankan, bawa punya bawa, sekali bagi bola kat orang lain... bila kena counter attack pula, defence lembik.

"Dulu dan sekarang sama saja... team lain bila attack punyalah ramai support cari ruang dan peluang... kita bila attack, seorang tu sajalah yang layan. Kalau macam ni punya gaya, pergi Asia untuk bercuti sajalah dan bayar duit tiket sendiri," katanya.

Selangor FC kini menghuni tangga kelapan liga dengan lima mata selepas empat perlawanan manakala TFC memintas untuk berada di tangga ketujuh dengan enam mata.

The Red Giants bakal bertemu Sri Pahang FC dalam aksi Liga Super seterusnya pada 29 April ini di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram