Peminat berbalah isu Rizal


  • Podium
  • Ahad, 20 Mac 2022

RIZAL (kanan) memuat naik kesihatan bapanya di laman Instagram pada Sabtu. — Facebook FAM

KONTROVERSI 'kehilangan' pemain pertahanan Sabah FC, Rizal Ghazali daripada kem latihan pusat skuad kebangsaan akhirnya terjawab apabila dia memuat naik tentang kesihatan bapanya.

Menerusi satu status di akaun Instagram miliknya pada Sabtu, Rizal memuat naik gambar bapanya yang sedang menjalani rawatan di hospital.

Pemain berusia 30 tahun itu sebelum ini dilaporkan disenaraikan sebagai pengganti kepada Syahmi Safari yang meminta pengecualian kerana baru menimang cahaya mata.

Susulan penolakan Rizal, pemain pertahanan Negeri Sembilan FC (NSFC), Ahmad Khuzaimi Piee dipanggil dalam skuad kendalian jurulatih Korea Selatan, Kim Pan-gon.

Menjengah ruangan komen di media sosial, ada para peminat Sabah FC berbalah tentang perkhabaran terbaharu membabitkan Rizal.

Seorang pengguna Facebook, Pucut Putat mempersoalkan pihak pengurusan Sabah FC dan FAM yang seolah-olah tidak mengetahui keadaan sebenar.

"FAM haram tak ambil tahu pun. Sabah FC kena check balik," ujarnya.

Dalam pada itu, pengguna Facebook, Hazim Masrom turut mempertikaikan tindakan Rizal yang hanya memaklumkan tentang keadaan sebenarnya selepas berdiam diri selama beberapa hari.

"Kan senang dia bagitahu alasan. FAM nak jawapan dan alasan.

"Benda kalau melibatkan keluarga, FAM akan lepaskan punya," katanya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna Facebook, Jud JT berkata, pemain PJ City, Mahali Jasuli dilihat calon lebih sesuai menggantikan Syahmi berbanding Rizal.

"Mahali lebih sesuai untuk menggantikan Syahmi jika dikira persembahan Rizal ketika Piala AFF Suzuki 2020 yang menjadi lubuk penyerang Indonesia dan Vietnam.

"Bukan merendahkan Rizal kerana persembahan seseorang itu berbeza mengikut masa tapi itulah kenyataan yang seharusnya menjadi penanda ukur dalam masa singkat pemilihan ini.

"Namun, tahniah buat Rizal kerana masih mendapat kepercayaan untuk mewakili pasukan kebangsaan dan masalah yang sedang berlaku, saya rasa Rizal mempunyai alasan kukuh.

"Saya sebagai penyokong, mendoakan agar kemelut yang melanda dapat dirungkaikan dengan sebaik-baiknya," menurutnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram