Satu cara mudah Rizal Ghazali elak dihukum FAM


RIZAL (kanan) menolak pelawaan menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya. — Facebook Sabah FC

UMUM mengetahui kisah pemain pasukan Sabah FC, Rizal Ghazali yang menolak pelawaan menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya di bawah kendalian jurulatih baharu Kim Pan-Gon.

Nama bekas pemain Kedah FC itu menjadi bualan hangat di kalangan peminat bola sepak Malaysia apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ingin mengambil tindakan penggantungan bermain dalam liga domestik dan hukuman denda RM25,000 ke atas Rizal jika beliau tidak menghadirkan diri pada latihan kebangsaan iaitu 21 Mac 2022.

Sehingga kini Rizal masih membisu daripada memberi kenyataan rasmi mengenai perkara itu dan penyokong rata-ratanya sanggup bersengkang mata memikir cara terbaik buat pemain berumur 30 tahun itu untuk terlepas daripada hukuman yang akan diberikan oleh FAM.

Antara langkah yang 'popular' dan mudah yang dicadangkan oleh para penyokong bola sepak tanah air kepada Rizal daripada dikenakan denda ialah mengumumkan persaraannya dari Harimau Malaya.

sara

TANGKAP layar cadangan-cadangan dari penyokong Rizal.

"Umum bersara sajalah. Tidak kena denda. Dulu ada pemain bersara berjemaah, rilek je. Lepas itu u-turn dari persaraan," cadang pengguna Facebook Syafiq Zulkiflee.

"Umum saja bersara. Buat surat dwi bahasa. Takut nanti ada yang tidak faham. Nanti umum tarik balik persaraan. Selepas itu, kata nak balik kampung, tiket dah beli. Tidak pun kata sakit angin pasang," kata Azuan Aziz.

"Pencen sajalah Rizal. Kalau sudah rasa tidak mampu, lagipun haritu kanan memang lubuk. Pencen dulu rasa sudah power balik.. comeback saja balik. Kadang-kadang kita mesti ada rasa down.. jadi cari saja balik semangat tu.. rehat dulu," kata Du Didam.

Malah, terdapat juga penyokong mencadangkan kepada pemain itu supaya memberi alasan balik ke kampung untuk berehat dan menjenguk keluarga seperti alasan Mohamadou Sumareh yang menarik diri dari pasukan kebangsaan atas alasan ingin pulang ke kampung halaman di Gambia.

"Bagilah alasan lama tidak jumpa keluarga di Kedah macam Sumareh bagi alasan lama tidak jumpa keluarga di Gambia itu," komen Zam Ibrahim.

"Alasan balik negeri Kedah jenguk keluarga pun boleh digunapakai," kata Mohd Ferdaus.

rizal 2

TANGKAP layar hantaran dari laman Instagram Rizal (tengah) berkenaan pulang ke Kedah.

Pada Rabu, pengurusan Sabah FC mendedahkan pemainnya itu ada menyatakan ingin pulang ke kampung halamannya di Kedah untuk menguruskan hal peribadi keluarga.

Malah Rizal sendiri menerusi laman Instagramnya memuat naik gambarnya menaiki pesawat dengan kapsyen yang menyatakan dia memang pulang ke kampung. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram