Jika Rizal Ghazali dikenakan tindakan, FAM juga perlu panggil Natxo Insa


  • Podium
  • Rabu, 16 Mac 2022

SITUASI Rizal dan FAM ini akan menjadi lebih keruh hingga boleh membuatkan pemain itu hilang minat bermain untuk negara. — The Star

TINDAKAN yang bakal dikenakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kepada pemain Sabah FC, Rizal Ghazali disifatkan tidak adil memandangkan terdapat pemain lain yang 'terlepas hukuman' meskipun pernah membuat keputusan sama.

Perkara itu disuarakan oleh seorang pemilik akaun Facebook, Zuraimi Zukri yang turut memetik nama pemain Johor Darul Takzim (JDT), Natxo Insa yang dikatakan pernah memberitahu tidak berminat bemain untuk negara.

Katanya, jika alasan Natxo itu boleh diterima, maka pemain lain termasuk Rizal berhak membuat pilihan dengan alasan sedemikian.

"Malaysia perlu panggil semula Naxto walaupun walaupun ramai cakap dia tidak berminat bermain untuk negara.

" Terdapat peraturan pemain tidak boleh menolak panggilan kecuali ada pengumuman rasmi sudah bersara.

"Natxo tidak pernah bersara dan tidak pernah ada pengumuman rasmi," katanya menerusi satu ciapan pada Selasa.

Tambahnya lagi, dalam situasi berkenaan Naxto boleh dipanggil tidak kira apa sebab peribadinya.

Jelasnya lagi, situasi Rizal dan FAM ini akan menjadi lebih keruh hingga boleh membuatkan pemain itu hilang minat untuk menyertai pasukan negara pada masa depan.

"Jika pada masa depan dia (Rizal) tidak lagi berminat menyarung jersi FAM, puncanya sikap persatuan itu sendiri yang memilih-milih.

"Mereka boleh dilabel tidak bertindak adil dan FAM akan mengikut jejak Liga Bolasepak Malaysia (MFL), dua buah badan yang tidak dipercayai peminat," ujarnya.

Sementara itu, Zuraimi turut mengimbas kembali kes yang pernah berlaku terhadap pemain Kelantan, Badhri Radzi dan FAM.

"Bagi penyokong Kelantan, mereka masih segar dengan kes Badhri dan FAM.

"Walaupun pemain itu menolak panggilan kebangsaan kerana kecederaan, dia tetap dipaksa hadir walaupun sudah menunjukkan laporan perubatan dari Kota Bharu.

"Jika tidak dia akan dihukum," tambahnya lagi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram