Penyokong 'naik hantu' dengan 'live' bola TV Bayu


SIARAN langsung dalam talian SMJ Cup 2022 di TV Bayu tidak boleh diakses pengguna pada petang Sabtu. — Facebook

RATA-RATA penonton yang tertunggu-tunggu aksi perlawanan pembukaan kejohanan bola sepak pramusim Piala Sabah Maju Jaya (SMJCUP) 2022, yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook TV Bayu, kecewa kerana acara berbayar itu tidak dapat diakses.

Tinjauan Majoriti mendapati acara dalam talian itu didakwa tidak boleh diakses gara-gara akaun Facebook hos tvbayu.com melebihi had sumber yang ditugaskan kepadanya.

"Resource limit is reached. The website is temporarily unable to service your request as it exceeded resource limit. Please try again later," demikian menurut laman Facebook itu.

Kekecewaan itu antara lain diutarakan oleh Kedah Darul Aman (KDA) FC melalui Facebook rasminya. Skuad Lang Merah itu sepatutnya bertemu Sarawak United dalam aksi pembukaan kejohanan tersebut yang dijadual petang Sabtu.

Turut menerima nasib sama ialah Facebook Penyokong Setia Hijau Kuning kerana tidak dapat mengakses siaran langsung tersebut.

"Akses acara tidak lagi tersedia untuk dibeli. Ikuti halaman hos untuk diberitahu mengenai acara mereka yang akan datang," tulis TV Bayu.

273616893_4974221186002545_5342312546033443909_n

SIARAN langsung dalam talian SMJ Cup 2022 di TV Bayu tidak boleh diakses pengguna pada petang Sabtu. — Facebook

Tinjauan seterusnya mendapati siaran langsung di TV Bayu itu mengenakan bayaran RM7.90 per siaran dan diakses kira-kira 2,900 pengguna pada petang Sabtu.

Seorang pengguna Facebook, Abu Luqman mendakwa mengalami masalah ketika membuat pembayaran melalui kad debit.

"Sepatutnya hos bagi opsyen untuk pembayaran. Buat pembayaran secara dalam talian macam FPX online banking," katanya.

abu luqman 2

TANGKAP layar komen Abu Luqman berhubung masalah pembayaran bagi menyaksikan siaran langsung SMJ Cup di TV Bayu. — Facebook

Dia turut mendakwa acara dalam talian itu gagal diakses penonton kerana masalah berkaitan server.

"Server hos tak boleh tampung la tu. Itupun jangan nak buat live," dakwanya.

abu luqman

TANGKAP layar komen Abu Luqman berhubung masalah kegagalan mengakses siaran langsung perlawanan di TV Bayu. — Facebook

Pengguna Facebook lain, Luqman Hakimie berkata, acara dalam talian itu mungkin tidak dapat diakses kerana masalah jalur lebar internet yang rendah.

"Bandwidth rendah la tu, mahu 20 users saja boleh masuk sekali login," tulisnya.

luqman

TANGKAP layar komen Luqman Hakimie berhubung masalah kegagalan mengakses siaran langsung perlawanan di TV Bayu. — Facebook

Aksi perlawanan antara Sarawak dan Kedah di Stadium Likas, Sabah itu bagaimanapun ditunda ke 5.30 petang Ahad akibat hujan lebat yang tidak mengizinkan acara tersebut untuk diteruskan.

SMJ Cup 2022 bermula Sabtu hingga 18 Februari yang bakal menyaksikan skuad Sang Badak berdepan saingan dua pasukan dalam senarai Liga Super musim ini, iaitu KDA FC dan Sarawak United serta Kelantan FC dari Liga Perdana.

273575207_366989041929119_2715366860249438190_n

KEADAAN hujan lebat di Stadium Likas pada petang Sabtu. — Facebook

Kejohanan anjuran Sabah Football Club Kejohanan SMJ Cup 2022 bermula dengan perlawanan Sarawak United menentang KDA FC disusuli Sabah FC menentang Kelantan FC.

Sementara itu, Rabu depan KDA FC akan menentang Kelantan FC (4.15 petang), manakala Sabah FC menentang Sarawak United (9 malam), disusuli Sarawak United menentang Kelantan FC (4.15 petang) dan Sabah FC menentang KDA FC (9 malam) pada 18 Februari. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram