Baddrol akhirnya dedah sebab tinggalkan Kedah


  • Podium
  • Jumaat, 03 Dis 2021

BADDROL menuntut pemain muda Kedah meneruskan legasinya bersama skuad Lang Merah. — MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/The Star

LEGENDA Kedah, Baddrol Bakhtiar menjelaskan sebab mengapa dia nekad mengucapkan selamat tinggal kepada Kedah FC sekali gus menyertai Sabah FC musim depan.

Selepas 16 tahun menabur bakti bersama Kedah, Baddrol menafikan gaji tidak dibayar dan tawaran lumayan yang menjadi punca dia berhijrah ke Sabah.

"Bukan wang ringgit yang menjadi ukuran, bukan masalah tunggakan gaji yang membuatkan saya berpindah pasukan tetapi biarlah saya sahaja tahu apa terpendam dan terbuku di hati saya yang orang lain tidak akan faham," kata Baddrol di laman Instagramnya bagi mengulas isu perpindahannya.

WhatsApp Image 2021-12-03 at 12.10.28

TANGKAP layar hantaran Instagram Baddrol

Terdahulu pada November, pasukan Kedah didakwa gagal melunaskan dua bulan gaji pemainnya dan bonus kemenangan pasukan Kedah pun tidak dibayar.

Selain itu, Baddrol juga menzahirkan rasa terima kasihnya kepada pasukan dan penyokong Kedah FC kerana memberikan kenangan selama 16 tahun bersama.

"Saya akui di awal musim saya menerima kritikan yang amat hebat sehingga segelitir penyokong mahukan saya untuk keluar dari Kedah.

"Saya terima kritikan dengan sangat positif dan memberi yang terbaik di setiap perlawanan untuk pasukan kerana hasrat di hati saya dan pasukan hanya ingin melihat pasukan Kedah sentiasa berjaya di puncak," kata pemain berusia 33 tahun itu.

Dia juga berharap perpindahannya akan dapat memberi laluan kepada muka-muka baharu untuk menyambung legasinya di Kedah FC.

"Jatuh bangun saya bersama Kedah, Kedah tetap di hati saya. Doakan yang terbaik untuk kita semua.

"Terima kasih penyokong, pengurusan dan rakan seperjuangan pasukan Kedah, tanpa anda tiada lah saya," katanya yang baru saja menimang cahaya mata kedua baru-baru ini.

Untuk rekod, Baddrol telah bermain untuk pasukan Kedah Darul Aman FC sejak 2006 dan pernah memenangi pingat emas acara bola sepak Sukan SEA sebanyak dua kali iaitu pada 2009 dan 2011 bersama skuad Malaysia B-23.

Pada 1 Disember, skuad Sang Badak mengumumkan Baddrol secara rasmi berada dalam senarai pasukan itu bagi menghadapi saingan Liga Super musim depan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Baddrol Bakhtiar, Badd, Kedah, Kda, Sabah, Gaji