JODOH Azwan Aripin bersama Penang FC dikhabarkan hampir terlerai apabila disebut-sebut bakal menyarung jersi Sri Pahang FC musim depan.
Spekulasi itu bertambah hangat apabila peminat fanatik Sri Pahang mengalu-alukan kehadiran bek kiri itu di laman sosial.
Azwan difahamkan sudah pun menandatangani kontrak bersama skuad Tok Gajah bagi menggantikan Fazly Mazlan di posisi pertahanan kiri yang dikatakan akan kembali ke pangkuan Johor Darul Takzim sebaik tempoh pinjamannya berakhir musim ini.
Pemain berumur 25 tahun itu membuat debut pertama bersama Kelantan FC pada 2016 sebelum berhijrah ke Penang FC pada Disember 2020 .
Sepanjang bersama Penang FC, Azwan telah membuat sebanyak 17 penampilan bersama pasukan itu.
Azwan merupakan antara tonggak baharu yang berjaya dipikat Sri Pahang bagi memperkuatkan skuad Tok Gajah itu musim depan.
Selain Azwan, Sri Pahang FC juga dikatakan memburu jurulatih baharu dan beberapa muka baharu tempatan serta import pada musim depan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram