Jurulatih Perak II pilihan Kelantan United


  • Podium
  • Khamis, 02 Dis 2021

JURULATIH Perak FC II, Syamsul Saad. — Bernama

KELANTAN United FC dilaporkan bakal berpisah dengan ketua jurulatih, Nazulerwan Makmor bagi saingan liga musim hadapan.

Pasukan yang berpangkalan di Kota Bharu itu menamatkan saingan Liga Perdana musim ini di kedudukan ketujuh, selain terkandas di peringkat kumpulan dalam saingan Piala Malaysia apabila sekadar menduduki tangga ketiga dalam kumpulan C

Majoriti difahamkan, pengendali Perak FC II, Syamsul Saad bakal mengambil alih tugas sebagai ketua jurulatih baharu Kelantan United FC bagi menggantikan Nazrulerwan.

Beliau merupakan bekas pemain pertahanan kebangsaan yang pernah mewakili Perak FA dan Terengganu FA yang aktif bermain pada tahun 1998 hingga 2008.

Sebelum menjadi jurulatih Perak FC II, dia pernah mengendalikan Perak FA dari tahun 2015 hingga 2016, kemudian bersama Perlis FA pada tahun 2017.

Namun, mampukan beliau membawa Kelantan United FC berada di kedudukan terbaik berbanding apa yang dicapai oleh Nazrulerwan?

Jika dilihat dari segi kedudukan liga, Perak FC II, yang juga bersaing dalam Liga Perdana menduduki tangga kesepuluh liga, mencatatkan hanya empat kemenangan dalam 20 perlawanan.

Kedudukan kedua tercorot itu menyaksikan kelab itu tersingkir ke Liga M3 pada musim akan datang.

Adakah risiko yang diambil oleh Kelantan United FC bakal membuahkan hasil atau nasib mereka bakal berakhir seperti Perak FC II? — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram