Kedah, Sri Pahang berebut 'pengantin baharu'


  • Podium
  • Khamis, 02 Dis 2021

Mohd Akmal dilaporkan berminat menyarung jersi KDA FC musim depan. — Gambar hiasan

MELAKA United tentunya mahu menebus kegagalan ke perlawanan akhir Piala Malaysia musim ini dengan mengikat beberapa pemain baharu untuk saingan musim depan.

Baru-baru ini, Melaka United mengikat penyerang berbisa, Ifedayo Olusegun bagi memperkukuhkan barisan serangan mereka.

Bagaimanapun, khabar kurang gembira buat pasukan berkenaan apabila pemain pertahanannya, Mohd Akmal Zahir dikhabarkan bakal berhijrah ke pasukan baharu musim depan.

Mohd Akmal, 27, yang mendirikan rumahtangga baru-baru ini, difahamkan menjadi rebutan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan Sri Pahang FC.

Pemain tersebut yang berasal dari Kedah, dikhabarkan berminat untuk kembali ke negeri kelahirannya musim depan.

KDA FC tentunya sedang mencari pengganti Rizal Ghazali yang berhijrah ke Sabah FC musim depan kerana selain beraksi sebagai bek tengah, Mohd Akmal juga mampu bermain di posisi bek kanan.

Mohd Akmal menyertai Melaka United pada tahun lalu dan membuat 15 penampilan liga bersama pasukan berkenaan musim ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram