Rumah anggota Rela antara diroboh tanpa belas kasihan di Sabah


  • Tular
  • Khamis, 02 Dis 2021

TANGKAP layar wanota itu sedang merintih mengenang tempat tinggalnya sudah tiada. — Facebook

RUMAH salah seorang ahli Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Sabah dirobohkan secara tiba-tiba tanpa belas kasihan.

Video yang tular itu menyaksikan rintihan wanita tersebut yang mengenang nasib bersama anak-anaknya yang sudah kehilangan tempat tinggal di Kampung Cempaka Satu (Cempaka Baru), Likas, Sabah.

Bagaimanapun tidak dinyatakan tarikh kejadian itu berlaku.

"Saya pun tidak tahu kenapa mereka tiba-tiba saja meroboh rumah saya.

"Saya ada berbincang dengan pihak tersebut dan nasib baik saya memakai uniform, kalau tidak mereka akan robohkan rumah saya habis-habisan," kata wanita yang bernama Darsimah.

Wanita itu berkata, dia telah meminta untuk ditangguhkan perobohan itu kerana ingin mengemas barang-barangnya namun pihak tersebut hanya memberitahu ia adalah arahan Datuk Bandar bagi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

"Saya dah pernah merayu dengan pihak DBKK namun pihak Datuk Bandar menyuruh untuk berbincang dengan Tuan Mukti.

"Tapi Tuan Mukhti beritahu arahan dari Datuk Bandar, saya pun tidak tahu." luah wanita itu.

Tuan Muhkti yang dimaksudkan ialah Abdul Mukti Muchlish yang iaitu Pengarah Penguatkuasa DBKK dan Datuk Bandar DBKK adalah Datuk Noorliza Awang Alip.

HANTARAN dari Affandi Arif

Hantaran dari Affandi Arif itu mengatakan pihak DBKK meroboh tanpa belas kasihan, sepatutnya sebelum meroboh berilah masa sedikit dan peluang terakhir untuk mereka berkemas-kemas barang dan mencari di mana tempat tinggal seterusnya.

"Kamu robohkan terus dimana mereka akan tinggal secara singkat ni? Sedangkan mereka mempunyai anak-anak kecil yang masih bersekolah," kata Affandi.

Dalam video itu menunjukkan Tuan Ahmad Jais Bin Otong selaku timbalan Ketua Bahagian Sepanggar P171 mewakili Dato' Mohd Azis Bin Jamman meninjau dan menziarahi penghuni rumah yang diroboh.

Komen dari warganet semua mengecam tindakan pihak tersebut yang meroboh rumah penduduk di sana.

"Tiada perikemanusian. Mana sudah kementerian kebajikan majulah tolong orang. Susah lagi orang Sabah ini. Apa guna ada kerajaan kalau semua pun berdiam diri, " komen dari pengguna Facebook Mohamadia Abdul Rahman

"Kerajaan ni jalan rosak tidak dibaiki, masalah air dihirau tapi roboh rumah penduduk tempatan. Kerajaan apa ni, jahat betul," komen dari Alsabana Hj Salleh.

komen22222

TANGKAP layar komen dari warganet di Facebook

Sejak 23 November lalu, DBKK menjalakan operasi Op Roboh yang mana melibatkan 56 rumah setinggan didiami warga asing di Bakau Likas.

Namun berhubung video ini, wanita itu adalah warganegara dan mendakwa pihak DBKK tidak memberi peluang untuk mereka berkemas-kemas barang dan mencari di mana tempat tinggal seterusnya.

Setakat ini, pihak DBBK belum lagi memberi kenyataan maklum balas mengenai video yang tular ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram