Fad Bocey sertai Ajak di Morning Morning Suria, bentuk gandingan tak kering gusi


  • Hiburan
  • Isnin, 04 Ogos 2025

Fad (kanan) menjadi gandingan baharu Ajak Shiro di segmen Morning Morning Suria bermula Isnin.

SURIA FM mengumumkan kehadiran pelawak terkenal, Fad Bocey sebagai penyampai baharu dalam segmen Morning Morning Suria bagi menggantikan Datuk Fizz Fairuz yang meninggalkan stesen itu pada 18 Julai lalu.

Fad atau nama sebenarnya Muhammad Fadzlie Mohd Nizam tidak lagi asing dalam dunia hiburan tanah air kerana pernah bergelar pelakon dan pelawak sepanjang kariernya.

"Fad akan bergandingan bersama Ajak setiap Isnin hingga Jumaat dari pukul 6 pagi hingga 10 pagi, membawakan kombinasi energi dan elemen hiburan yang dapat menyuntik nafas baharu dalam segmen pagi Suria," tulisnya dalam satu kenyataan.

BACA LAGI: Dua minggu lepas kehilangan Fizz Fairuz, Suria FM ucap selamat tinggal buat Suraya Borhan

BACA LAGI: 'Tercapai juga impian saya', Tok Fizz sebak tinggalkan Suria FM lepas lebih setahun bersama

Gandingan Fad Bocey dan Ajak pasti menceriakan segmen Morning Morning Suria.

Penyampai radio baharu itu sudah memulakan tugasnya pada Isnin dengan gandingannya bersama Ajak pasti cukup dinantikan pendengar setia yang tidak mahu terlepas gandingan tersebut.

Sebelum ini, Raja Azura yang turut dikenali ramai sebagai Kak Engku sempat berada dalam segmen Morning Morning Suria buat sementara bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Fizz Fairuz.

Kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin itu turut memaklumkan seorang lagi penyampai Morning Morning Suria, Kai Hassan akan kembali ke segmen Suria Petang bersama Chiwan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram