
PADA 18 Julai lalu, Suria FM mengumumkan perpisahan dengan penyampai di segmen Morning Morning Suria, Datuk Fizz Fairuz kerana dia mahu memberi fokus kepada keluarga dan anak-anak.
Fizz Fairuz atau nama sebenarnya Fairuz Zainal Abidin menyatakan keputusan itu dibuat kerana kasihan selepas melihat isterinya, Almy Nadia yang menguruskan anak bersendirian.
Pemergian penyampai berusia 46 tahun itu sememangnya dirindukan pendengar yang cukup ternanti-nanti akan telatahnya bersama dua lagi sahabat karib di waktu pagi, Ajak Shiro dan Kai Hassan.
BACA LAGI: Ingin berehat, Suria FM hormati keputusan Sharifah Shahirah tak sambung kontrak
BACA LAGI: Penyampai Suria FM bantu bomba pujuk lelaki stres atas bumbung bangunan Menara LPP
Suraya cukup terkenal dalam kalangan pendengar Suria FM menerusi segmen Suria Petang.
Namun, siaran radio terkenal itu sekali lagi kehilangan penyampai ternama iaitu Suraya Borhan yang memaklumkan kontraknya bersama Suria FM tidak akan disambung.
"Suria FM ingin memaklumkan bahawa Suraya Borhan mengakhiri tugasan sebagai penyampai di Suria pada Jumaat. Sepanjang sembilan tahun berkhidmat, Suraya sentiasa memperlihatkan komitmen dan profesionalisme yang tinggi, menjadi inspirasi kepada rakan sekerja.
"Pihak Suria FM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas dedikasi yang tidak ternilai selama ini. Kami mendoakan yang terbaik buat Suraya dalam setiap langkah dan cabaran baharu yang bakal ditempuhi selepas ini," katanya.
Suraya sudah bersama stesen radio tersebut sejak 2016 dengan dia mewarnai segmen seperti Morning Morning Suria serta Suria Petang dengan suaranya cukup ditunggu pendengar. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram