[VIDEO] 'Rehat seketika misi selamatkan dunia', Mark O’Dea ajak Pedro Pascal-Fantastic Four bercuti ke Malaysia


  • Hiburan
  • Khamis, 17 Jul 2025

Mark O'Dea bersama pelakon terkenal Hollywood, Pedro Pascal (kiri). — Facebook/Mark O'Dea

PERSONALITI media sosial dan pengacara popular, Mark O’Dea mencuri perhatian peminat apabila berkongsi detik istimewa bertemu pelakon terkenal Hollywood, Pedro Pascal semasa berada di Sydney, Australia baru-baru ini.

Dalam satu hantaran di Facebook, Mark berseloroh tentang hasratnya untuk ‘memujuk’ bintang utama filem The Fantastic Four itu agar membawa watak-watak adiwira Marvel bercuti ke Malaysia, kononnya untuk berehat seketika daripada misi menyelamatkan dunia.

“Saya sendiri tak pasti sama ada akan berpeluang bercakap dengannya hari ini, tapi saya cuba nasib. Kalau diberi peluang untuk promosikan Malaysia kepada dunia, saya takkan lepaskan,” tulis Mark di ruangan kapsyen.

BACA LAGI: Kami terlalu cuai ketika menyerang, lupa struktur pertahanan — Ubaidullah

BACA LAGI: Waspada taktik licik warga asing si tukang rumah 'segera', ugut pelanggan jika lapor polis

Ternyata tuah menyebelahi Mark apabila dia diberi peluang bertemu dan menemu bual Pedro Pascal secara ringkas.

Menerusi video yang dikongsikan, Mark sempat bertanya sama ada Pascal pernah ke Malaysia sebelum ini, sambil mencadangkan secara santai agar pasukan Fantastic Four memilih Malaysia sebagai destinasi percutian mereka.

Katanya, Malaysia memiliki pantai yang indah, makanan pedas yang lazat dan rakyat yang mesra.

Pascal yang kelihatan teruja dengan cadangan tersebut mengakui beliau belum pernah menjejakkan kaki ke Malaysia.

“Saya suka dengan cadangan itu. Saya merayu kepada Disney, tolong pertimbangkan Fantastic Four: Retreat to Malaysia,” katanya sambil tertawa.

Pelakon siri televisyen Game of Thrones itu turut menitipkan ucapan istimewa kepada peminat di Malaysia dan berharap dapat bertemu mereka suatu hari nanti.

“Saya harap dapat berjumpa anda di masa hadapan,” katanya.

Mark turut merakamkan penghargaan kepada Marvel Malaysia dan Disney Studios Malaysia atas peluang menonton tayangan eksklusif filem semasa lawatannya ke Sydney.

Beliau menyifatkan filem The Fantastic Four: First Steps (2025) yang bakal ditayangkan sebagai lebih hebat daripada hebat dan menutup perkongsian tersebut dengan pujian ikhlas buat Pascal.

“Pedro Pascal, anda memang yang terbaik!," ujarnya.

Perkongsian itu segera meraih reaksi positif dalam kalangan peminat yang teruja melihat interaksi santai dua personaliti terkenal dari dua dunia berbeza, satu dari Malaysia, satu dari Hollywood. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram