[VIDEO] 'Tolak-tolak suruh masuk balik', mulianya hati, enggan terima duit baiki kereta kena langgar di Skudai


  • Tular
  • Rabu, 16 Jul 2025

Ramai warga maya memuji tindakan pemandu Vios tersebut yang dianggap sebagai contoh teladan rakyat Malaysia berbilang kaum.

TULAR di media sosial satu insiden yang memaparkan sikap mulia seorang pemandu yang enggan menerima bayaran RM200 selepas keretanya bergesel dengan sebuah kenderaan lain di bahu jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Universiti, Skudai, Iskandar Puteri, Johor.

Rakaman video kejadian yang dikongsi pengguna TikTok, @kujiecats, menunjukkan pemandu Toyota Vios berkenaan, yang memakai baju kuning menolak tawaran bayaran penuh daripada pemandu yang dikenali sebagai Angah, meskipun Angah mengakui kesilapan dan cuba menghulurkan wang sebagai pampasan.

Sebaliknya, pemandu Vios itu hanya meminta RM80 sebagai ganti rugi dan meminta Angah kembali ke keretanya.

BACA LAGI: [VIDEO] Perahu ada kesan gigitan, nelayan ditemukan maut disyaki dibaham buaya di Sandakan

BACA LAGI: [VIDEO] Nahas ke tempat kerja, wanita maut, 13 parah pikap hilang kawalan sebelum terjunam dalam gaung di Lahad Datu

Dalam rakaman yang dikongsikan itu, pemandu Toyota Vios berkenaan menyatakan bahawa kejujuran Angah sudah cukup baginya.

"Dia kata Angah jujur, itu saja sudah cukup untuk dia, sambil tolak Angah balik dekat kereta Angah.

"Terima kasih Encik JTG 3959, terima kasih Ya ALLAH kerana kirimkan orang-orang baik," tulis @kujiecats dalam kapsyen video tersebut.

Bukan itu sahaja, sikap tenang dan ikhlas kedua-dua pihak dalam menyelesaikan insiden kecil itu telah meninggalkan kesan mendalam kepada mereka yang menonton.

Pengguna laman Threads, @fat_deadpool, turut memuji tindakan tersebut dan menyifatkannya sebagai bukti bahawa nilai keikhlasan mengatasi segala perbezaan.

"Ini bukan pasal bangsa atau ‘type-type’, tapi tentang hati dan naluri individu itu sendiri," katanya.

Perkongsian video itu menerima ribuan tontonan dan komen, dengan rata-rata warga maya memuji tindakan pemandu Vios tersebut yang dianggap sebagai contoh teladan rakyat Malaysia berbilang kaum.

"Kita ini dari dulu hidup berbilang kaum, jadi hormat menghormati ya semua," kata @mumymikayla02.

"Kejujuran itu paling mahal, mengaku salah tidak mudah, siapa-siapa pun kalau mengaku salah dan silap tidak kira bangsa boleh buat kira, boleh bawa bincang, itulah manusia yang penuh dengan adab dan budi bicara," kata @khairy007.

"Mulianya hati dia, terbukti yang bermasalah itu adalah dari hati," kata Sw67. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram