Musim durian tiba lagi, ini 5 port santai makan durian dalam dusun


  • Nomad
  • Selasa, 08 Jul 2025

Hidupkan lagi suasana musim durian dengan menikmatinya buah tersebut di dusun durian.

MUSIM durian kembali lagi. Kehadiran raja buah itu bagaikan penyatuan keharmonian rakyat di Malaysia. 

Tidak kira apa pun bangsa, kehadiran raja buah itu menjadi buruan. Jadi ini lima lokasi yang kami cadangkan untuk anda merasai keseronokan menikmati durian dalam dusun.

BACA LAGI: Rumah inap tepi sawah di Perlis, pulang bawa balik harum manis

BACA LAGI: Harga barang naik sebab SST? Jangan terlalu cepat buat spekulasi

  

Dusun Durian Junjung

Dusun ini terletak di Kulim, Kedah bersebelahan Air Terjun Junjung. Dusun ini mempunyai vibe yang sangat menarik kerana anda boleh makan durian terus dari pokok  sambil mandi-manda.

 

 

Dusun Durian Bukit Indera Muda

Dusun Durian Bukit Indera Muda di Permatang Pauh, Pulau Pinang, merupakan lokasi popular dengan konsep agro-pelancongan di kawasan tanah tinggi.

Jarak perjalanan dari Bukit Mertajam ke Dusun Durian Bukit Indera Muda hanya lebih kurang 11 kilometer (km). Anda boleh makan durian kampung atau durian bukit secara santai dalam suasana kampung.

 

Durian Heng

Bermula sebagai gerai kecil di hadapan kebun, Durian Heng berjaya merealisasikan impian untuk mengembangkan perniagaan dengan konsep makan durian terus dari kebun di bawah khemah besar.

Lokasi tersebut cukup terkenal di Melaka. Gerai ini terletak di persimpangan jalan menuju ke daerah Bemban kira-kira 17km dari Bandar Melaka.

Menariknya, ia bukan sekadar menawarkan durian segar, pelbagai jenis durian premium seperti Black Thorn boleh anda temui.

 

Dusun Abah Man

Berbeza sedikit dari yang lain, dusun ini menyediakan meja di bawah satu bumbung besar di tengah dusun sebagai tempat menikmati durian.

Dusun Abah Man juga menyediakan pulut untuk anda makan bersama durian.

Terdapat lebih 30 pokok durian di dusun yang terletak di Sungai Lembu, Bukit Mertajam.

 

Raub Durian Orchard

Raub Durian Orchard terletak di Raub, Pahang. Lokasi ini menawarkan pakej penginapan dan lawatan sambil belajar mengenai dudun durian.

Nah! apa tunggu lagi, rancang perjalanan anda untuk pemburuan raja buah. Tapi ingat makan berpada-pada, nanti ada 'kepanasan'.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram

 

durian, musim, dusun, Pulau Pinang, Raja Buah