
SEBAGAI ibu, anda jangan rasa janggal bila anak yang dimanjai selama ini tiba-tiba berubah 'dewasa' apabila mendapat haid pertamanya.
Ini adalah detik bermakna yang boleh menguatkan hubungan ibu dan anak.
Haid adalah perkara normal dalam proses pembesaran, namun ramai kanak-kanak masih menghadapinya dengan kekeliruan, malu atau ketakutan.
BACA LAGI: 'Girls day out'! 5 kafe comel untuk berkumpul bersama teman pada hujung minggu
BACA LAGI: 'Member' liat bayar hutang, peguam kongsi cara tuntutan hutang bawah RM5,000 di mahkamah
Jadi ibu bapa haruslah memainkan peranan penting bagi membantu anak anak anda dalam fasa ini.
Berikut Majoriti kongsikan sembilan perkara yang anda patut lakukan ketika anak anda mengalami haid
1. Perbaiki pandangan anda terhadap haid
"Dalam sejarah perbualan tentang haid, banyak istilah negatif seperti 'kutukan' atau 'menyusahkan' digunakan," kata Julie Metzger pengasas bersama Great Conversations, sebuah organisasi di Amerika Syarikat yang menawarkan kelas tentang akil baligh dan kesihatan seksual.
Jika anda berfikiran seperti itu, Metzger mencadangkan supaya anda merenung kembali naratif tersebut kerana anak nada mendengar dan menyerap cara anda bercerita.
Sebaliknya, sampaikan bahawa tubuh ini adalah sebahagian daripada proses membesar yang sihat dan normal.
2. Terangkan perkara sebenar
"Terdapat persepsi bahawa kehidupan seseorang menjadi terbatas apabila seseorang mengalami haid," kata Dr Cara Natterson, pakar pediatric dan penulis buku The Care and Keeping of You.
"Tekankan bahawa haid bukan satu penyakit dan bukanlah penghalang untuk anda melakukan semua perkara."
Salah satu kebimbangan utama remaja perempuan biasanya berkaitan jumlah darah ketika kali pertama kedatangan haid.
Sebagai contoh, mereka mungkin membayangkan darah mengalir deras daripada badan mereka.
Dr. Natterson menasihatkan supaya anda membantu mereka faham hakikat sebenar dimana ia tidak seteruk yang disangka.
“Saya terangkan bahawa rahim sebesar genggaman tangan, dan lapisan yang keluar itu hanyalah dari bahagian dalamnya. Ia keluar secara perlahan-lahan selama beberapa hari, dan biasanya hanya sekitar tiga sudu besar darah. Bila ditunjukkan dalam cawan, mereka akan sedar ia sebenarnya tidak banyak,” jelasnya.
3. Pilih produk sanitari bersama
Metzger berkata dia tidak pernah membeli apa-apa untuk anak perempuannya tanpa mengajak anaknya bersama.
Jadi, bila ke kedai, ambil peluang untuk lihat tuala wanita, tampon atau pakaian dalam khas bersama-sama.
“Terangkan bahawa terdapat pelbagai pilihan untuk menjaga kebersihan semasa haid dan tanyakan jika mereka mahu lihat dan pilih bersama,” katanya.
4. Ajar cara cara penggunaan tuala wanita
Mungkin remaja perempuan merasa takut menggunakan produk haid buat kali pertama.
Tuala wanita mungkin dikhuatiri bocor, manakala tampon menakutkan mereka kerana ianya perlu dimasukkan ke dalam badan.
Oleh itu, ajarkan cara penggunaanya, bila waktu untuk menukar kepada yang baharu, dan amalan kebersihan yang betul.
Mulakan dengan perkara yang mudah dimana anak anda boleh melakukannya sendirian seperti melekatkan tuala wanita pada pakaian dalam.
Tunjukkan bagaimana memakainya secara tertutup dan bagaimana untuk menukarnya dan ingatkan mereka untuk membasuh tangan sebelum dan selepas.
Jika anak berminat mencuba tampon, bimbing mereka memahami cara penggunaannya yang selamat.
“Saya selalu cadangkan mereka membaca dulu arahan dalam kotak atau buku panduan,” kata Dr. Natterson.
5. Bantu mereka berdikari
“Menerangkan apa itu haid hanya ambil masa tiga minit, tapi menerangkan cara menguruskannya termasuk bila di sekolah, ketika berenang, atau jika tiada tuala wanita boleh mengambil masa selama dua jam,” kata Metzger.
Untuk bantu anak bersedia, galakkan mereka menyimpan kit kecemasan dalam beg mereka seperti seluar dalam bersih, tuala wanita tambahan dan seluar gantian.
Galakkan mereka juga mencatat kitaran haid mereka, supaya lebih mudah menjangka bila ia akan datang dan mengenal pasti sebarang masalah awal.
Dr. Natterson menambah, “Rasa lembap yang datang bersama haid sukar untuk diabaikan, tetapi ‘kebocoran’ biasanya sangat sedikit. Ini boleh memberi kelegaan besar kerana ramai anak membayangkan ia lebih teruk.”
6. Hindari fokus kepada simptom negatif
"Jangan memberitahu perihal simptom tidak selesa seperti sakit perut, kembung, dan emosi terganggu," kata Dr. Natterson
Ia menakutkan kanak-kanak yang akan mengalami haid mereka buat kali pertama.
Sebaliknya, tangani setiap gejala jika ia muncul.
Contohnya, jika anak mengadu perut sakit, tanya, “Adakah kamu rasa mual? Mungkin itu kekejangan. Macamana rasanya?” Nyatakan nama kepada simptom itu dan ajar cara menguruskannya.
7.Libatkan lelaki dalam perbualan
Terdapat banyak cara yang ibu bapa boleh ikuti seperti melibatkan ayah dalam perbualan.
"Walaupun mereka tidak mengalami haid, namun mereka juga mengalami proses akil baligh seperti ketinggian meningkat, muncul jerawat dan perubahan suara," kata Metzger.
Amat penting supaya anak anda merasa selesa untuk bercerita berkaitan haid kepada ibu bapa masing masing.
Jangan lupa juga untuk mendidik anak lelaki tentang haid.
“Untuk ubah dunia, kita perlu normalisasikan perbualan tentang haid,” tambahnya.
8. Ajar Anak untuk saling menyokong
Ajarkan anak anda bahawa mereka dalam satu pasukan yang sama dan penting untuk saling membantu.
“Mereka mungkin akan mengalami masalah seperti kebocoran. Jika anak anda melihat orang lain mengalaminya, suruh anak anda untuk bantu walaupun buka kawan rapat,” kata Dr. Natterson.
Sebagai contoh, jika anak anda melihat rakan sekelas menghadapi insiden, ajarkan mereka untuk berkata, “Mari ikut saya ke tandas,” atau hulurkan jaket dan suruh ikat di pinggang.
Ajar mereka lakukan apa yang mereka sendiri mahu orang lakukan buat untuk mereka.
9. Ingatkan bahawa orang lain juga mengalami haid
Menormalisasikan haid amat penting.
Ingatkan anak bahawa ramai orang melalui haid dan tetap berjaya dalam hidup.
“Atlet Olimpik juga mengalami haid,” kata Metzger.
Begitu juga angkasawan, penyanyi, penulis, guru, dan rakan-rakan mereka.
"Menjadi sebahagian daripada cerita itu menjadikan anda seorang manusia dan ianya sesuatu yang hebat," kata Metzger. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram