[VIDEO] Gara-gara tak 'check' betul-betul, wanita tersilap pergi rumah terbuka raya, rupanya salah tempat


  • Relaks
  • Jumaat, 25 Apr 2025

Ainee tersilap menghadiri jamuan raya selepas terburu-buru memasuki bangunan yang berbeza.

GARA-GARA terlalu gelabah dan yakin tanpa menyemak lokasi dengan betul, seorang wanita mencuit hati warga maya apabila berkongsi pengalamannya menghadiri rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri yang salah.

Menerusi hantaran di TikTok, Ainee Suhaidi berkongsi detik lucu apabila tersilap langkah ke sebuah majlis yang langsung tiada kaitan dengannya.

“Saya sepatutnya hadir ke rumah terbuka Affin Bank sebagai wakil syarikat.

"Disebabkan gelabah, saya terus tanya pengawal arah ke majlis dan ikut saja laluan yang ditunjukkan. Saya masuk dengan penuh yakin," katanya.

BACA LAGI:  Ketahui mengapa kita tidak dapat mengingati apa yang berlaku semasa bayi

BACA LAGI:  'Tidur cukup, makan okey tetapi tak bermaya', ramai wanita di Malaysia rupanya kurang terdedah kepada cahaya matahari

@ttbcatwoman maksud saya perkara ini hanya berlaku kepada saya rasa #fyp #masa cerita #eid bunyi asal - Ainee Suhaidi

 

 

Namun, rasa yakin itu mula goyah apabila suasana di majlis tersebut terasa asing.

“Dah duduk dan berbual dengan beberapa orang, saya mula rasa pelik sebab tak kenal sesiapa pun. 

"Kemudian ada yang tanya, ' Are you a tenant ?' Saya jawab, ' Tidak, saya di sini bagi pihak syarikat .' Lepas tu dia tanya lagi, ' Are you looking for a unit here ?' Masa tu saya terus rasa macam eh, salah majlis ni!," katanya.

Majlis yang disertai itu rupa-rupanya merupakan acara khas untuk penyewa dan bakal pembeli unit pejabat di Menara Exchange 106 dan bukan di bangunan Affin Bank seperti yang sepatutnya dihadiri.

"Saya terus cari balik pengawal dan tanya. Baru saya sedar, saya sebenarnya kat Menara 106, bukan Affin Bank. Gelabah sangat sampai tak cek betul-betul," jelasnya.

Goody Malaysia yang berkongsikan semula kisah itu menyertakan kapsyen berbunyi, "Dia fikir dia akan hadir ke rumah terbuka raya korporat, hanya untuk menyedari bahawa dia telah tersalah tempat — namun dia tidak berasa janggal, malah sempat buat kawan baharu dan bertukar-tukar nombor."

Menjengah ke ruangan komen, ramai warganet terhibur dengan situasi yang disifatkan mampu berlaku kepada siapa sahaja. 

"Haha. Saya pun ada pengalaman salah pergi kenduri kahwin. Dah makan kenyang, pinggan dah licin. Baru sedar salah majlis. Masalahnya orang-orang dekat situ baik ya, siap suruh tambah lagi," tulis  Nurainhurrun

"TRX memang tempat senang sesat. Keliru nak masuk bangunan mana satu," tulis Faridudu.   Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di  TwitterFacebook ,  InstagramWhatsApp Channel  dan  Telegram