
PELAKON popular, Uqasha Senrose kembali mencuri perhatian ramai selepas berjaya menurunkan berat badan dan tampil lebih anggun berbanding sebelum ini.
Sebelum ini, Uqasha pernah berkongsi bahawa berat badannya meningkat sebanyak 13 kilogram (kg) kerana menikmati fasa bahagia dalam hidupnya.
Namun kini, selepas bergelar ibu kepada seorang cahaya mata, Uqasha tampil lebih mempesona sehingga dianggap mengalahkan penampilan anak dara.
BACA LAGI: Beri sinar baharu untuk kesihatan kulit wanita, vitamin B12 bantu masalah dermatitis
Teringat dulu teruk qasha kena kecam teruk sebab badan berisi je. Kata netizen, dia tak pandai jaga badan
But now she dah buktikan yang mak anak satu pun boleh jaga badan, kalah anak dara tau pic.twitter.com/zDZk9bjPRd
— Sue | Harian Tudong | (@NursuhaidaaSue) 27 April 2025
Dalam hantaran di laman Twitter, seorang pengguna, NursuhaidaaSue menunjukkan perubahan drastik Uqasha Senrose daripada berbadan gempal hingga kurus.
Di ruangan komen, ramai pengguna menganggap Uqasha sebagai contoh wanita yang berjaya menjaga tubuh badan walaupun telah bergelar ibu.
"Lagipun dia rajin exercise juga. Kunci dia kena rajin dan konsisten sahaja," tulis NursuhaidaaSue.
"Dia ini memang jenis mudah naik, tapi respect to her dalam bab disiplin untuk aktiviti fizikal. Bukan mudah ya apabila dah beranak nak discipline exercise," tulis Canteen.
"Selalu cantik suri hati Kamal Adli dan ibu Hawra Uqaira ni," kata Norzana. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram