'Girls day out'! 5 kafe comel untuk berkumpul bersama teman pada hujung minggu


  • Relaks
  • Selasa, 06 Mei 2025

Ainul Aishah pemilik kafe Ainul Cookies & Co dan aneka kek di Lilian's Cake House (kanan). - Instagram/@ainulcookiesandco @lilianscakehouse

DALAM era moden ini, kafe bukan lagi sekadar tempat untuk menikmati secawan kopi atau sepotong kek.

Kini, ia menjadi destinasi wajib, terutamanya bagi wanita muda yang gemar bergambar serta meluangkan masa bersama rakan-rakan atau keluarga.

Yalah, mana tidaknya — kafe kini tumbuh bagai cendawan selepas hujan, khususnya di sekitar bandar Kuala Lumpur.

Tambahan pula, kebanyakan kafe tampil dengan identiti tersendiri — daripada konsep reka bentuk yang estetik hinggalah kepada hidangan yang kreatif dan menyelerakan.

Berikut Majoriti kongsikan lima kafe yang ideal untuk anda kunjungi:

1. Lilian’s Cake House

Terletak di Mont Kiara, Lilian’s Cake House menawarkan suasana yang tenang dan klasik, menjadikannya pilihan sempurna bagi mereka yang menggemari suasana ala kafe Paris yang elegan.

Dengan dekorasi pastel dan sentuhan retro seperti jubin lantai hitam-putih serta perabot bergaya vintaj, kafe ini dibuka setiap hari (kecuali Selasa) dari pukul 10:30 pagi hingga 6 petang.

Kafe ini terkenal dengan kek chiffon yang dibuat segar setiap hari menggunakan bahan premium tanpa pewarna tiruan. Antara pilihan popular ialah Houjicha Chiffon Cake dan Tiramisu.

Menariknya, kafe ini juga mesra haiwan peliharaan.

2. Bröom Artisan Bakery

Mempunyai dua cawangan di Taman Paramount dan Bukit Bintang, Bröom mengetengahkan konsep brutalist tropikal yang menggabungkan elemen konkrit kasar dan kayu semula jadi.

Selain pastri yang lazat, kafe ini juga menawarkan menu menarik seperti Chikin & Waffuru dan Kimchi Croissant.

Terdapat banyak lokasi bergambar yang instagrammable, menjadikannya pilihan kegemaran ramai wanita muda.

3. LaGula by The Hungry Tapir

Terletak di Bukit Bintang, LaGula ialah kafe berkonsepkan makanan berasaskan tumbuhan dengan sentuhan moden dan tropikal.

Sesuai untuk peminat warna merah jambu, ruang dalamannya dihiasi dengan tumbuhan hijau, warna neutral dan elemen reka bentuk yang santai.

Menu di sini ditawarkan pada harga antara RM12 hingga RM150.

Bagi mereka yang mengutamakan gaya hidup sihat dan mindful, LaGula adalah pilihan ideal.

4. Ainul Cookies & Co

Ainul Cookies & Co membawa pendekatan yang mesra dan menawan, terutamanya untuk penggemar manisan.

Terkenal dengan pelbagai jenis biskut homemade seperti Chocolate Chip dan Matcha Cookies, ia merupakan tempat terbaik untuk menikmati pencuci mulut sambil bersantai bersama rakan-rakan.

Didekorasi dengan warna merah jambu yang menarik, kafe ini menjadi kegemaran ramai wanita, terutamanya remaja.

Ia terletak di dalam Tropicana Gardens Mall dan dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.

5. EL&N London

Siapa yang tidak kenal dengan kafe popular yang digelar Pink London Cafe ini?

Bertemakan merah jambu, EL&N London benar-benar menjadi tumpuan dalam kalangan wanita yang teruja dengan warna kegemaran ramai itu.

Kafe ini menerima banyak ulasan positif, terutamanya berkaitan rasa makanan yang enak serta pilihan menu yang pelbagai — daripada masakan Melayu hinggalah makanan barat.

Terletak di Pavilion Mall, ia juga terkenal dengan banyak sudut menarik untuk bergambar. — Majoriti 

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebookInstagramWhatsApp Channel dan Telegram

Artikel Berkaitan: