
TINDAKAN cekap Ahli Majlis Dewan Undangan (ADUN) Jitra, Kedah menyelenggara kawasan perumahan di sekitar mendapat pujian ramai.
Ia selepas tularnya hantaran dimuat naik pengguna akaun Facebook Jamilah Bibi baru-baru ini yang berterima kasih kepada ADUN Jitra, Datuk Dr Haim Hilman Abdullah atas kecekapannya.
Menurut Jamilah, sungai-sungai di Taman Sri Utama, Jitra dibersihkan sekali gus menyelesaikan isu banjir di kawasan itu.
BACA LAGI: [VIDEO] Luluh hati ibu tengok CCTV anak 2 tahun menangis ditinggal bibik lari rumah
"Sungai-sungai keliling kami sudah dibersihkan, pertama kali dalam hidup di taman ini nampak kesungguhan seorang YB berusaha sungguh-sungguh," tulisnya.
Hantaran tersebut turut menerima respons balas oleh Haim yang juga berterima kasih kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).
"Alhamdulillah semoga sedikit sebanyak membantu kelancaran pengaliran air jika berlaku hujan lebat di Taman Sri Utama Jitra.
Terima kasih juga kepada Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) dan agensi-agensi terlibat.
"Tempat-tempat lain juga kita sedang usahakan secara berperingkat untuk atasi isu banjir kilat ini," responsnya.
Rata-rata warganet juga mengharapkan agar ADUN di negeri lain turut melakukan perkara sama.
"Orang Jitra sangat bertuah," komen @fairuz_azmi.
"Orang yang faham apa itu amanah takkan mengkhianati amanah yang dipertanggungjawabkan," Rozaini AR. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram