
SEORANG pekerja sebuah kilang berusia 21 tahun cedera parah selepas dipukul sekumpulan lelaki di sebuah rumah pangsapuri di Plentong, Johor Bahru, Johor pada Jumaat minggu lepas.
Memetik laporan Kosmo!, akibat pukulan yang kuat itu, lelaki terbabit terpaksa menerima sembilan dan tiga jahitan pada bibir kanan dan enam di telinga kiri, selain bengkak pada dada dan badan belakang.
Berdasarkan laporan portal itu, mangsa berada di rumahnya menerima pesanan ringkas kira-kira pukul 5 petang, Jumaat lalu daripada seorang wanita yang dikenalinya meminta supaya menemaninya di rumah sewa di Plentong.
BACA LAGI: Bimbang dilanggar kereta punca pukul anak lari-lari depan dobi, wanita ditahan polis Kemaman
BACA LAGI: [VIDEO] Cita-cita nak jadi pegawai perubatan, lelaki sanggup menyamar di HTF
Kumpulan lelaki terbabit meminta mangsa membayar wang RM3,000 namun mangsa tidak mempunyai duit sebanyak itu dan hanya menyerahkan RM600 kepada suspek, selain sebuah motosikal Yamaha Y16 juga dirampas.
Mangsa kemudiannya dikatakan ke rumah tersebut kira-kira pukul 9.30 malam dan didatangi tiga lelaki tidak dikenali dengan salah seorang daripadanya membawa sebilah senjata dipercayai parang.
Dalam kejadian sama, tiga lagi lelaki lain keluar dari sebuah bilik dan memukul mangsa secara beramai-ramai termasuk menggunakan kayu.
Punca sebenar kejadian dilaporkan masih dalam siasatan.
Sementara itu, berdasarkan laporan The Star, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak mengesahkan menerima laporan polis terbabit dan seramai tujuh lelaki dan seorang wanita sudah ditahan sejak Isnin. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram