
PENDUDUK di sebuah kampung di Pekalongan, Indonesia dikejutkan dengan kemunculan misteri sumber air di dalam longkang sekitar kawasan perumahan tersebut.
Menerusi video tular di media sosial sejak Selasa, ia sekali gus membuatkan beberapa penduduk menganggap ia sebagai fenomena ajaib yang membawa rahmat.
Dalam video sama, kelihatan mereka juga tidak mahu ketinggalan berebut-rebut untuk mengisi air yang mengalir itu ke dalam bekas penyimpan.
BACA LAGI: Bimbang dilanggar kereta punca pukul anak lari-lari depan dobi, wanita ditahan polis Kemaman
Warga heboh berebut ‘air ajaib’ di Desa Rowoyoso, Kab Pekalongan. Air itu secara tiba-tiba muncul dan dipercaya memiliki khasiat. Setelah ditelusuri, ternyata air itu muncul akibat kebocoran pipa PDAM. Kini mata air misterius itu kemudian berangsur sepi. pic.twitter.com/oE1z9xhWtb
— detikcom (@detikcom) April 22, 2025
Lebih mengujakan mereka apabila air yang disangka ajaib itu jernih dan tidak berbau.
Air tersebut turut dipercayai mempunyai khasiat dan boleh dibuat sebagai penyembuhan penyakit.
Sehinggakan ada seorang penduduk yang dikenali sebagai Darno, 69, mengaku kakinya pulih selepas minum air berkenaan.
"Saya datang awal pagi, sudah ramai orang. Kaki saya sakit seperti kejang. Sebab itu saya tertarik ke sini. Saya minum, Alhamdulillah sudah sembuh," dakwanya.
Bagaimanapun, sangkaan mereka meleset selepas Perusahaan Daerah Air Minum Indonesia (PDAM) mengatakan bahawa air yang mengalir itu berpunca daripada kebocoran saluran paip.
Ketua Unit PDAM Wonokerto, Misran mengesahkan, aliran air di kawasan itu tidak normal sejak kebelakangan itu dan disyaki berlaku kebocoran.
"Tadi kita sudah pasti air dari saluran rosak dan sudah ditutup. Selepas ditutup, ternyata air yang mengalir itu berhenti," katanya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram