Sebanyak 110 unit rumah kedai dan kediaman era 90-an di George Town dijual bermula RM300 juta


  • Relaks
  • Ahad, 20 Apr 2025

Bangunan rumah dan premis kedai dibina era 90an di George Town dibuka untuk jualan secara tender terbuka. — The Star

SEBANYAK 110 buah unit rumah lama berkonsepkan zaman peperangan di George Town, Pulau Pinang dibuka untuk jualan secara tender terbuka. 

Penjualan yang dijangka mencecah nilai sekitar RM300 juta itu melibatkan binaan rumah teres dan premis kedai yang dibina sejak awal 1900an yang kebanyakannya terletak di Pulau Tikus. 

Kawasan tersebut menampilkan seni bina klasik era dahulu yang masih dipelihara dengan baik dan menawarkan potensi besar untuk pembangunan semula atau penggunaan secara komersial. 

BACA LAGI: [VIDEO] Kelunakan suara Shila Amzah mendendangkan 'La Vie En Rose' pukau ribuan penonton di Festival Filem Antarabangsa Beijing Ke-15

BACA LAGI: [VIDEO] Tampil berseri lepas 3 bulan berpantang, Nabila Razali definisi wanita di tangan lelaki tepat

Dibina oleh tokoh usahawan terkenal Pulau Pinang, Cheah Leong Keah pada 1928, keunikan reka bentuk bangunan dilengkapi kemasan kayu dalaman itu masih kekal utuh sehingga ke hari ini.

Pengarah CBRE WTW Sdn Bhd Pulau Pinang, Tan Chean Hwa menjelaskan bahawa tiada harga rizab ditetapkan dan semua penjualan akan dilakukan secara tender terbuka.

Hal itu bertujuan memberi peluang kepada pembida untuk menawarkan harga berdasarkan rundingan dan penilaian mereka sendiri dengan tarikh penutupan tender tersebut adalah pada 9 Mei.

Tan Chean Hwa (tiga dari kiri) merupakan Pengarah CBRE WTW Sdn Bhd Pulau Pinang. — The Star

“Kami fleksibel dari segi penjualan, sama ada secara individu atau berkelompok, bergantung kepada nombor lot. 

"Individu berminat bebas untuk membida mana-mana hartanah yang dianggap berbaloi,” katanya.

Beliau dalam masa sama turut mengesahkan bahawa pertanyaan telah diterima dari dalam dan luar negara, termasuk pelabur asing yang pernah melabur di Pulau Pinang.

Menurutnya, pemegang amanah hartanah telah melantik firma beliau selepas tempoh surat ikatan perjanjian tersebut dimeterai.

Beliau juga mendedahkan bahawa sebahagian hartanah, khususnya rumah-rumah di Bangkok Lane perlu dikekalkan reka bentuk asal mengikut peraturan perancangan Majlis Bandaraya Pulau Pinang, walaupun bahagian belakang bangunan itu boleh dibangunkan semula.

Selain dari Bangkok Lane, antara kawasan hartanah lain yang ditawarkan termasuk:

 - 11 unit rumah kedai dan struktur setinggan pra-perang di kawasan Jalan Burma dan Solok      Moulmein dengan keluasan 1,500 meter persegi.

- 10 rumah kedai dua tingkat di Jalan Burma berhadapan SRJK(C) Union, berkeluasan 2,010 meter persegi.

- 34 buah rumah pra-perang di Jalan Phuah Hin Leong, dengan keluasan tanah kira-kira setengah hektar.

- Plot pembangunan semula seluas 9,400 meter persegi di sudut Jalan Kelawei dan Lorong Leandros, berhadapan Gurney Paragon.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tikus, Joshua Woo, menyambut baik potensi pembangunan berkenaan yang dianggap mampu membawa era kemodenan baharu ke kawasan pinggir bandar tersebut.

Namun, beliau menekankan kepentingan pematuhan peraturan perancangan bandar, khususnya dalam aspek pengurusan trafik dan sistem pembetungan bagi mengelakkan risiko banjir.

"Kami mengalu-alukan pelabur dan pemaju, namun mereka perlu memahami bahawa peraturan di Pulau Pinang adalah ketat dan pematuhan harus menjadi keutamaan dalam sebarang perancangan pembangunan," katanya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram