
USAI dilanda pelbagai kontroversi sepanjang bergelar usahawan, Datin Vivy Yusof terus mengorak langkah bergelar seorang penulis secara eksklusif di blog rasminya.
Terlebih dahulu mencipta nama menerusi rangkaian fesyen janama FashionValet pada 2010, penghuni sama sebenar Vivy Sofinas Yusof itu menyepi dalam industri selama beberapa bulan ekoran kes pertuduhan pecah amanah dihadapinya.
Pun begitu, ibu kepada empat cahaya mata itu meneruskan kariernya sebagai seorang penulis menerusi sebuah laman rasmi yang diberi nama @sincerelyvivy.
BACA LAGI: [VIDEO] Jejaka UK disayangi bapa mentua, layan macam anak sendiri bagai menatang minyak yang penuh
Melancarkan secara rasmi blog itu pada Jumaat, Vivy difahamkan mahu berkongsi kisah coretan hidup serta perkembangan dirinya khas buat individu yang membuat langganan ke laman tersebut.
Menerusi perkongsian di laman Instagram, usahawan itu meluahkan keterujaan untuk berkarya menerusi platform itu yang difahamkan telah ditambah baik sejak kali pertama ditubuhkan dua dekad lalu.
"Memberi penghormatan kepada tempat segalanya bermula, Proudduck yang saya tubuhkan 20 tahun lalu, now a slightly grownup version of it. Or maybe not.
"Pautan ada di bio. Sila langgan atau anda akan terlepas untuk menjadi pembaca terawal," katanya.
Menerusi tulisan awal di entri blog itu, Vivy berkongsi pahit getir dan suka duka sepanjang proses mahkamah berlangsung yang sekali gus telah merencatkan segala usahanya dalam menubuhkan sebuah empayar jenama fesyen terkemuka tempatan.
"I had to lay low even though I have so much to say. (Saya perlu berdiam diri walaupun banyak benda saya mahu kongsikan)
"Hampir semuanya hilang, syarikat, karier, kebebasan dan bank, saya diuji dengan cara yang tak pernah disangka," tulisan awalnya di laman entri tersebut.
Berkongsi kisah itu dengan tanda pagar 'juicy', pembaca akan disajikan perkembangan terbaharu ibu kepada empat orang anak itu secara eksklusif pada setiap Selasa khas buat individu yang melanggan blog tersebut.
Sebahagian perkongsian itu dapat dibaca di imej 'landing page' yang menunjukkan teks blog pada paparan skrin komputer ribanya.
Sebelum ini, Vivy dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar terpalit dengan pertuduhan berhubung pengurusan dana pelaburan bernilai lebih RM8 juta, yang melibatkan dua entiti pelaburan utama negara Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) melalui platform e-dagang yang diusahakan mereka.
Bagaimanapun, pasangan tersebut mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Rosli Ahmad, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Selangor. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram