
SEORANG pempengaruh dan usahawan kosmetik terkemuka, Siti Norhasyimah, 31, atau lebih dikenali sebagai Syima Eima mencuri perhatian ramai apabila menerima layanan berpantang persis lima bintang di kediamannya.
Merupakan seorang pengusaha produk kecantikan terkemuka asal Kota Bharu, Kelantan, Syima yang baru melahirkan bayinya pada Mac lalu kini sedang menjalani rawatan berpantang.
Memasuki hari ke-20, Syima tampil berkongsi perkembangan terkini menerusi hantaran di Instagram peribadinya pada Jumaat.
BACA LAGI: [VIDEO] Jejaka UK disayangi bapa mentua, layan macam anak sendiri bagai menatang minyak yang penuh
Dijaga rapi lebih tiga jururawat penjagaan ibu berpantang ataupun confinement lady (CL), layanan bak puteri ibu kepada tujuh orang anak itu cukup dicemburui ramai golongan wanita.
Melihatkan pada suasana ala hotel mewah di kediamannya sudah cukup membuatkan ibu-ibu mengandung di luar sana sangat mengimpikan momen indah sedemikian usai bersalin.
"Impian setiap isteri, semoga kita semua berpeluang ada rezeki berpantang mewah macam ni," kata Melissa.
"Kalau macam ni gaya berpantang, anak 10 pun sanggup asalkan dapat layanan puteri, selesa macam ni setiap kali lepas bersalin," ujar Aaaisya.
"Ya ALLAH kalau semua ibu berpantang macam ni negara aman damai sebab ibu bahagia, bayi pun tak ada yang menangis sebab dijaga baik, ibu pun kekal cantik je tak ada yang kusut," tambah ekyyulianti.
Dalam pada itu, amalan berpantang selepas bersalin merupakan satu keperluan yang tidak seharusnya dipandang ringan oleh golongan wanita.
Ia bukan sekadar satu tradisi, tetapi satu bentuk penjagaan diri yang menyeluruh bagi memastikan individu kembali sihat, bertenaga, dan bersedia memikul tanggungjawab sebagai ibu dengan penuh kasih sayang. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram