'Macam mak-mak marah anak', gelagat 'sporting habis' Tunku Azizah disenangi rakyat


  • Relaks
  • Jumaat, 18 Apr 2025

Tunku Azizah sangat disenangi rakyat kerana tidak kekok bermesra dan menyantuni rakyat jelata di Majlis Sukan Rakyat tersebut.

PENUH dengan gelak tawa dan warna-warni apabila melihat gelagat seorang permaisuri yang pada masa sama bergelar ibu, beramah mesra dengan rakyatnya semasa acara Majlis Sukan Rakyat di Kampung Bantal, Ulu Tembeling, Pahang baru-baru ini.

Gelagat Tengku Ampuan Pahang (TAP), Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sekali lagi amat mencuri perhatian apabila dengan secara spontannya mengendalikan sebuah acara kutip gula-gula yang disertai oleh kanak-kanak.

Menerusi hantar di Tik Tok @7his.fanspage, suasana menjadi lebih ceria apabila Raja Permaisuri mengawal sambil gelagatnya 'mengusir' ibu bapa yang ingin membantu anak masing-masing mengutip gulu-gula tersebut.

BACA LAGI: Elak beri anak bawah 8 tahun minum 'slushies', bukan sebab manis tapi ada bahan lain boleh bahayakan nyawa budak

BACA LAGI: Lukisan Mercedes-Benz 300 SL pernah dijual RM7,500, karya automotif julang nama graduan UiTM

 

Tangkap layar Tiktok @7his.

“Mak-mak kena halau tolong anak-nak kutip gula-gula,” tulis kapsyen dalam video tersebut.

Jelas kelihatan betapa mesranya Tunku Azizah dengan rakyat Pahang dan tidak kekok sama sekali bermesra dan menyantuni orang awam yang hadir ke program tersebut.

Majlis Sukan Rakyat itu juga turut diserikan dengan kehadiran Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan mencemar dulu bersama rakyat jelata ketika acara tersebut berlangsung.

Turut mengiringi, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah serta Tengku Panglima Raja, Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah.

Tangkap layar komen-komen yang mencuit hati.

Rata-rata pengikut media sosial tersebut senang melihat kemesraan raja dengan rakyatnya itu dan mendoakan kesejahteraan baginda.

“Permaisuri pandai bergurau senda bersama rakyat jelata,” ujar seorang pengikut di ruang komen.

“Kenapa comel sangat TAP ni, suka tengok cara tuanku melayan rakyat,” komen seorang lagi.

Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah amat disenangi rakyat jelata.

Sebelum ini, tular sebuah video yang menyaksikan gelagat Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah yang menunggang motosikal bersiar-siar di Jerantut, Pahang bagi menyantuni masyarakat setempat di sana. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram