[VIDEO] Siti Nurhaliza latih Aafiyah cabar kemampuan diri sertai olahraga, ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi


  • Relaks
  • Ahad, 13 Apr 2025

Aksi Aafiyah (kiri) ketika menghadiri hari sukan sekolahnya pada Ahad.

MEMASUKI usia tujuh tahun, anak perempuan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah (Aafiyah) kini semakin aktif menceburi bidang sukan.

Buktinya, pada hari sukan sekolah baru-baru ini Aafiyah menyertai dua acara larian. Minatnya terhadap sukan olahraga dikatakan hasil dorongan daripada ibunya yang juga aktif bersukan seawal usia kanak-kanak.

Biarpun gagal memenangi acara tersebut, penyanyi nombor satu negara itu tetap berbangga atas sifat daya saing ditunjukkan anaknya, selain menyifatkan ia pengalaman berharga.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Jangan bawa anak keluar 'shopping', mesti pakai bengkung', Nona Roguy kongsi 3 petua tradisional buat ibu berpantang

BACA LAGI: [VIDEO] Hajat Sheila nak cucu lelaki tercapai, Elisya bakal timang 'mini Haq'

"Hari sukan sekolah Aafiyah, pengalaman berharga untuk anak ibu, cabar diri untuk berikan yang terbaik.

"Ibu dulu nikmati setiap pengalaman indah ini, ibu menang dan kalah setiap kali dalam sukan, tapi paling suka bila ibu cabar diri dan habiskan setiap larian, good job Aafiyah," ujarnya menerusi hantaran di Instagram pada Ahad.

Sewaktu zaman persekolahan, pelantun lagu Bukan Cinta Biasa itu antara pelajar aktif bermain sukan bola jaring.

Bahkan, TokTi, 46, juga menjadi pembawa obor api bersama pelakon, Fasha Sandha pada Fiesta Media Idola 2006 di Kuantan.

Bukan itu sahaja, beliau yang pernah memasang impian menjadi polis juga rajin berkongsi di media sosial rutinnya menjaga stamina, penampilan dan kesihatan diri antaranya dengan bersenam di gimnasium, berbasikal dan bermain badminton.

Untuk rekod, Siti dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa yang melangsungkan perkahwinan pada 21 Ogos 2006 dikurniakan cahaya mata pertama, Siti Aafiyah selepas menjalani proses In Vitro Fertilization (IVF).

Pasangan romantis itu turut dikurniakan cahaya mata lelaki, Muhammad Afwa yang dilahirkan pada April 2021. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram