[VIDEO] 'Pintu bergegar macam gempa', Miss Grand Malaysia 2023, Kash Bhullar kongsi detik cemas kejadian letupan paip gas di Putra Heights


  • Relaks
  • Jumaat, 04 Apr 2025

Kash (kanan) berkongsi keadaan rumahnya yang turut merasai gegaran kuat ketika letusan di Putra Heights berlaku pada Selasa. — Instagram/kash_bhullar

MISS Grand Malaysia 2023, Kash Bhullar menjadi antara mangsa kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya, Selangor pada Selasa lalu.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh beliau menerusi perkongsian video di aplikasi TikTok miliknya, kashbhullar.

Berdasarkan hantaran tersebut, wanita berusia 24 tahun itu berkongsikan keadaan rumahnya yang turut merasai gegaran kuat seolah-olah berlaku gempa bumi ketika letusan tercetus.

BACA LAGI: 'Hidangan raya masih di meja', mangsa kebakaran Putra Heights luluh kediaman macam 'rumah tinggal'

BACA LAGI: Senheng bangun aplikasi dipacu AI, data analitik, tawar pengalaman diperibadikan buat pengguna

"Semoga Tuhan memberkati semua. Kepada mereka yang mengambil berat tentang saya, terima kasih kerana bertanya.

"Kami baik-baik saja, walaupun rasa cemas sempat datang sekejap akibat gegaran. Hari itu memang menakutkan dan saya perlukan sedikit masa untuk bertenang," luahnya.

Kash pernah menyertai beberapa pertandingan ratu cantik lain, termasuk Miss International Malaysia 2022 dengan meraih tangga kedua. — Instagram/kash_bhullar

Dalam perkembangan sama, Kash memberitahu, kejadian kebakaran yang melanda kawasan itu berjaya dikawal, walaupun kesan kemusnahan yang ditinggalkan amat menyayat hati.

Beliau turut menyuarakan penghargaan buat penguat kuasa khususnya pasukan bomba yang bertungkus-lumus mengawal situasi begitu mencabar itu.

"Tidak mudah berdepan kepanasan mencecah 1,000 darjah Celsius. Saya titipkan doa dan kasih sayang buat mangsa yang kehilangan rumah mereka.

"Hati saya senang melihat bagaimana semua orang tanpa mengira kaum, bersatu dan menyumbang kepada mangsa," tulisnya.

Untuk rekod, Kash yang juga merupakan pelakon dan model kelahiran Selangor pernah dinobatkan sebagai Miss Grand Malaysia 2023 pada Ogos 2023.

Kemenangan itu melayakkan beliau mewakili Malaysia di pertandingan Miss Grand International 2023 di Vietnam pada Oktober tahun sama.

Ketika sesi persembahan kostum nasional, Kash menarik perhatian ramai apabila menggayakan kostum nasional rekaan Ain Mohamed yang diinspirasikan daripada bunga telur, yakni tradisi dalam majlis perkahwinan masyarakat Melayu.

Sebelum meraih gelaran tersebut, Kash menyertai beberapa pertandingan ratu cantik lain, termasuk Miss International Malaysia 2022 dengan meraih tangga kedua. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram