
MENERUSKAN kecemerlangan diraih pada tahun lalu, anak sulung kepada pelakon Rita Rudaini, Airit Rayyan Rizqin sekali lagi berjaya memperoleh keputusan akademik yang membanggakan.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan Rita Rudaini menerusi laman Instagram miliknya pada Khamis.
Ujarnya, selain meraih Purata Nilai Gred Kumulatif (GPA) 3.78 dalam peperiksaan, Airit Rayyan turut menerima Anugerah Pengetua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar (SUBES).
"Anugerah Pengetua MRSM SUBES hari ini (Khamis). Alhamdulillah 3.78, tahun ini tingkatan empat adalah tahun yang paling mencabar kata Ryan.
"Dengar cakap mommy, ustazah dan guru-guru, jangan tinggal solat, bersahabat dgn al-Quran, Insya-Allah berjaya dunia dah akhirat.
"Fly high Airit Rayyan, ingat mommy ni your awan nano," ucapnya.
Untuk rekod, Airit Rayyan juga meraih Anugerah Penghormatan Pengetua pada tahun lalu selain turut menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang sukan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram