[VIDEO] ‘Sebagai ibu bapa Rayyan, mummy bangga!’ Rita Rudaini puas anak pecah 2 rekod MSSD termasuk lebih 20 tahun


  • Hiburan
  • Khamis, 22 Ogos 2024

Rita Rudaini bangga apabila anaknya dua kali pecah rekod MSSD.

PELAKON jelita Rita Rudaini berasa puas apabila anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin sekali lagi memecahkan rekod Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Sabak Bernam dalam acara larian 200 meter akhir pada Khamis.

Ia merupakan kejayaan berganda Airit Rayyan yang turut meleburkan rekod lebih 20 tahun bagi acara 100 meter pada Rabu.

Menerusi hantaran di media sosial, pelakon filem komedi Mami Jarum itu berkongsi rasa bahagianya itu sebagai ibu bapa kepada anaknya itu.

"Rayyan pecah rekod lagi. Pecah rekod tahun 2023 bagi acara lari 200 meter akhir.

"Berkat doa, kerja keras, sokongan dan semangat daripada semua orang yang sayangkan Rayyan. Sebagai ibu bapa Rayyan, mummy bangga!," katanya.

BACA LAGI: Dari kelas belakang ke 'selempang pink' UiTM, kreativiti pasangan kembar pikat pengguna TikTok

BACA LAGI: 'Karya pernah kena tolak, dikritik tak cukup lawak', Imuda pegang prinsip kerja tetap kena jalan

Sebelum ini, Rita turut berkongsi rasa bangga apabila Airit berjaya memenangi Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah Sabak Bernam dalam acara 100 meter.

Bukan itu saja, Rita berkata anaknya yang mewakili Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar itu turut memecahkan rekod 20 tahun acara berkenaan.

“Tahniah pasukan. Hari pertama MSSD. Alhamdulillah rezeki Airit Rayyan dapat mewakili Majlis Sukan Sekolah (MSS).

“Ryan dapat pecah rekod 20 tahun MSSD Sabak Bernam dengan rekod baharu 11.44s berbanding rekod lama 11.58s,” katanya menerusi Instagram.

Rita turut berkata, anaknya bukan saja banggakannya dalam pelajaran, malah dalam sukan olahraga dan dia akan sentiasa menyokong Rayyan.

“Alhamdulillah, rezeki Ryan dapat wakil peringkat Majlis Sukan Sekolah Sekolah Malaysia (MSS). Ryan dah banggakan mummy dalam pelajaran, ini dalam sukan olahraga pula. Insya-ALLAH mummy sokong!” tulisnya.

Selain cemerlang dalam sukan, Airit Rayyan juga muncul pelajar terbaik Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar dengan dengan gred purata nilai (pointer) 3.99.

Airit Rayyan merupakan anak sulung hasil perkahwinan Rita dengan bekas suami yang juga bekas pemain bola sepak kebangsaan, Mohd. Aidil Zafuan Abdul Radzak. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram