'Hormat dan takut itu berbeza', Rita Rudaini kongsi cabaran besarkan anak sebagai ibu tunggal


  • Hiburan
  • Jumaat, 03 Jan 2025

Rita Rudaini dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin (kanan) dan Airit Qaqa Arjuna (kiri).

PELAKON berpengalaman Rita Rudaini, 48, berkongsi beberapa cabaran dan kesukaran dalam membesarkan anak sebagai ibu tunggal.

Jelas ibu kepada dua cahaya mata itu, dia sentiasa menerapkan kepentingan adab dalam mendidik anak-anaknya sejak dari kecil hingga sekarang.

Menganggap ia bukan tugas mudah, Rita sentiasa menasihati anak-anaknya tanpa mengira waktu selain turut berpewatakan tegas demi kebaikan masa depan mereka.

BACA LAGI: Bukan bidang seni, Airit Rayyan antara 4 anak artis tempatan berpeluang cerah muncul atlet kebangsaan

BACA LAGI: [VIDEO] Didakwa guna 'Mak Esah' elak tersingkir GV11, Arrora Salwa siap lalu bawah ampaian bukti bebas ilmu hitam

"Mommy setiap minit selagi boleh dok peringat tegur dah solat belum? Dah salam orang belum? Senyum tak tadi dengan orang tu? Itu tanda sayang mommy.

"Orang yang tak faham akan nampak saya garang, cerewet biarlah hanya saya seorang saja yang faham.

"Mendidik anak-anak sebgai seorang ibu tunggal ni kerja double triple kerana saya sedar saya bukan ibu yang sempurna," katanya menerusi hantaran di Instagram pada Khamis.

drv

Rita Rudaini sentiasa meluangkan masa bersama kedua-dua anaknya di kala waktu lapang.

Tegas menyatakan kepentingan adab hormat menghormati satu sama lain, Rita atau nama sebenarnya, Rita Rudaini Mohammad Mokhtar menjelaskan dia sama sekali tidak pernah berpelakuan kejam apatah lagi mendatangkan ketakutan terhadap anak-anaknya.

"Kalau saya kejam dengan cara didikan, mungkin anak-anak saya dah lama memberontak, saya ajar mereka hormat, bukan takut dengan saya.

"Hormat dan takut itu beza, saya masih belajar didik diri sendiri sambil terapkan pada anak-anak.

"Alhamdulillah setakat ini, kalau saya di luar anak saya di rumah, mereka akan telefon minta izin untuk main game," ujarnya.

Terdahulu, hasil perkahwinan bersama Aidil Zafuan Abdul Razak, mereka dikurniakan dua anak lelaki iatu Airit Rayyan Rizqin, 15, dan Airit Qaqa Arjuna, 13.

Berbangga atas kejayaan anaknya, Rita baru-baru ini berkongsi pencapaian Airit Rayyan Rizqin yang berjaya memecahkan rekod acara 100 meter (m) Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Sabak Bernam, Selangor dengan catatan masa 11.44 saat.

Kongsi Aktres Pembantu TV Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-36 tersebut, anak sulungnya itu yang merupakan pelajar cemerlang Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar berjaya memadamkan rekod terdahulu yang berusia lebih 20 tahun. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram