[VIDEO] Ara Johari pucat lesi ada 'penumpang' waktu sahur ketika pulang dari MITEC


  • Hiburan
  • Isnin, 24 Mac 2025

Tangkap layar video memaparkan seekor ular sawa batik yang di bawah kereta milik Ara Johari.

PENYANYI dan selebriti terkenal, Ara Johari berdepan detik cemas apabila seekor ular sawa batik kuning hitam ditemui di bawah kenderaannya ketika dalam perjalanan pulang dari Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pukul 4 pagi Isnin.

Menerusi video dikongsikannya di aplikasi @threads, reptilia tersebut dikatakan menyelinap masuk ke dalam enjin Honda HRV miliknya.

Ara pada masa sama kelihatan cemas di luar kereta sambil menunggu pihak bomba tiba di lokasi itu.

BACA LAGI: [VIDEO] Ibu 2 anak kecil kongsi menu sahur simple, snek guna lebihan nasi, lauk kicap butter

BACA LAGI: [VIDEO] Ibu terduduk, rumah terbakar seminggu sebelum raya dipercayai angkara anak main bunga api di Butterworth

 

 

 

 

"Suspek merupakan seekor ular sawa batik bewarna kuning hitam.

"Ara rasa sebab semalam Ara buat rambut ular, itu yang dia datang cari ratu," tulisnya.

Beberapa minit kemudian, beberapa anggota bomba tiba dan berjaya membawa keluar ular tersebut dari keretanya.

"Nasib abang bomba datang cepat! Terima kasih abang bomba, sanggup korbankan waktu sahur demi berkhidmat untuk kami semua," tambahnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram