Berbaju kurung biru, dipadan tudung bawal 2 tona, penampilan Dr. Hasmah di majlis Perkim raih pujian ramai


  • Relaks
  • Isnin, 17 Mac 2025

Tangkap layar memaparkan penampilan Dr Hasmah ketika menghadiri majlis berbuka puasa baru-baru ini.

PENAMPILAN isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang manis berhijab ketika menghadiri sebuah majlis berbuka puasa baru-baru ini, meraih pujian warga maya.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, Tun Dr. Hasmah Mohamad Ali hadir menyarungkan baju kurung berona biru dipadankan bersama tudung jenis bawal dua ton warna.

Dr. Hasmah yang dipimpin keluar dari sebuah kenderaan dibawa memasuki dewan untuk bersama-sama Dr. Mahathir memeriahkan acara anjuran Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) itu.

BACA LAGI: Tun M dibenar keluar dari IJ

BACA LAGI: 'Panggilan anak kutty', Tun M saman Ahmad Zahid

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata mengagumi kejelitaan semula jadi yang jelas terpancar pada raut wajah figura berusia 99 tahun itu.

Bagi mohdrizalejay8507, beliau mendoakan agar Dr. Hasmah terus istiqamah dalam mengenakan hijab. 

"Permulaan bukan untuk dinilai, tapi pengakhiran seseorang, semoga Tun istiqamah terus berhijab," katanya.

"Berseri-seri Dr. Hasmah, comel sangat," tulis hananahikmah di ruangan komen.

Akui mereka lagi, mata masing-masing juga tertancap pada kelibat Dr. Mahathir yang setia menunggu kehadiran isteri beliau di pintu masuk.

"Cinta paling indah adalah suami setia menunggu dan melihat isteri dari jauh dengan renungan kasih sayang seperti Dr. Mahathir melihat Dr. Hasmah," tulis pengguna akaun TikTok dengan nama Raudhah ROMLI.

"Seperti pengantin lelaki sedang menunggu pengantin perempuan untuk majlis persandingan, comel sangat. Semoga ALLAH sentiasa merahmati Tun berdua," kata sitinorsam57. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, Instagram dan Telegram