Tun M dibenar keluar dari IJN


  • Primer
  • Sabtu, 05 Feb 2022

GAMBAR terbaharu Mahathir (kiri) dan Siti Hasmah. — Ihsan Pejabat Tun M

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) pada 8.40 pagi Sabtu.

IJN dalam kenyataan yang dikeluarkan berkata, Mahathir baru-baru ini dimasukkan ke institut itu untuk rawatan perubatan dan dibenarkan keluar pada Sabtu selain akan menjalani pemulihan di rumah.

"Mahathir akan menjalani pemeriksaan susulan bagi meneruskan rawatan perubatannya apabila diperlukan dalam masa terdekat,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, kenyataan sama turut menyebut bahawa Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali mengucapkan terima kasih kepada semua atas keprihatinan dan doa mereka apabila beliau dimasukkan ke IJN.

Pada Jumaat, media melaporkan Mahathir masih menjalani proses pemulihan di IJN dan dibenarkan pulang pada 2 Februari, tetapi perlu kembali ke institut itu untuk fisioterapi dan rawatan lanjut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram