
ANUGERAH Akademi (Oscar) merupakan trofi idaman setiap penggiat seni khususnya industri perfileman Hollywood.
Mempertandingkan naskhah terbaik dari serata dunia, beberapa kategori anugerah itu menjadi rebutan dengan tumpuan terbesar terarah kepada pelakon terbaik Oscar saban tahun.
Namun, tahukah anda bahawa sebuah trofi anugerah tersebut bernilai tidak lebih daripada AS$1 (RM4.43).
BACA LAGI: Buktikan kami salah, awak boleh genggam Oscar — Ogy Ahmad Daud
BACA LAGI: Michelle Yeoh menang Oscar: JPM nafi PM isytihar Rabu cuti umum
Akademi Seni dan Sains Filem Amerika Syarikat (AMPAS) menetapkan peraturan ketat kepada setiap pemenang Oscar supaya tidak menjual atau melupuskan trofi dimenangi.
Pemenang yang berhajat untuk berbuat demikian perlu menjual trofi terbabit kepada pihak berkenaan dengan harga RM4.43 dan akan diguna pakai pada edisi anugerah Oscar seterusnya.
Peraturan itu turut terpakai pada individu yang sudah meninggal dunia dengan trofi mereka juga perlu diserahkan semula kepada pihak penganjur.
Syarat ketat itu mula diperkenalkan AMPAS pada 1951 bertujuan bagi memelihara kualiti dan taraf anugerah Oscar.
Selain daripada tetapan syarat berkenaan, pengeluaran trofi Oscar turut dihadkan dan sebuah premis makanan ringan di Los Angeles, AS sebelum ini pernah disaman ekoran menghasilkan replika trofi berkenaan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram