
PELAKON wanita terkenal Indonesia, Pevita Pearce yang merupakan isteri kepada anak Pengerusi Eksekutif Habib Group iaitu Mirzan Meer, berkongsi detik-detik pertama dirinya menjalani ibadah puasa sebagai isteri.
Pevita yang kini menetap di Kuala Lumpur, berkongsi kegembiraannya dalam menyambut bulan suci ini melalui laman Instagramnya.
Dia turut mengucapkan selamat berpuasa kepada rakan-rakan dan peminatnya di Indonesia yang telah memulakan ibadah puasa lebih awal.
BACA LAGI: Tiga penyampai ERA direhatkan serta-merta, Fahmi Fadzil arah MCMC buat siasatan penuh
BACA LAGI: Kartunis 'The Little Mamak' meninggal dunia akibat serangan jantung lepas pulang bazar Ramadan
Pevita Pearce berpuasa kali pertama bersama suami.
"Saya ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa untuk rakan-rakan yang menjalani ibadah tersebut. Kami di Malaysia akan mula berpuasa esok," ujar Pevita Pearce dalam video yang dimuat naik pada Sabtu 1 Mac lepas.
Selain itu, pelakon berdarah kacukan British dan Indonesia itu juga memohon maaf kepada semua orang dan mengakui mungkin ada salah silap sama ada sengaja atau tidak disengajakan selama ini.
"Jadi sebelum mula berpuasa, saya nak minta maaf kalau ada kesalahan yang disengajakan ataupun tidak disengajakan.
"Saya berdoa semoga puasa tahun ini dipermudahkan urusan, diberikan kesihatan, dan dijauhkan dari godaan-godaan. Selamat menjalankan ibadah puasa semua, all the best," ujar Pevita Pearce.
Terdahulu, pasangan tersebut bernikah pada Oktober tahun lepas di Kuala Lumpur. Acara pernikahan tersebut dilaksanakan dalam suasana tertutup namun meriah. Antara rakan artis yang diketahui hadir ke majlis tersebut adalah penyanyi Afgan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp