
BERPINDAH ke rumah atau pangsapuri baharu sering kali menjadi pengalaman yang menggembirakan, namun apabila tiba saatnya untuk menghias, penyewa kerap berhadapan dengan cabaran.
Walaupun kebanyakan penyewa tidak dibenarkan mengubah struktur hartanah sewa, terdapat banyak cara untuk memberi sentuhan peribadi pada ruang mereka tanpa melanggar peraturan ditetapkan atau mengganggu penghuni lain, terutamanya bagi mereka yang tinggal di asrama.
Untuk membantu penyewa mencipta ruang yang menarik dan selesa, berikut adalah 10 tip reka bentuk terbaik yang boleh diaplikasikan di rumah sewa:
BACA LAGI: Ketahui cara hias ruang dalaman rumah guna 3 warna coklat
Dinding galeri memberi kebebasan untuk penghuni berkreativiti.
1) Sediakan ruang dengan teratur
Jika ruang almari atau pantri tidak mencukupi, improvisasi! Salah satu petua reka bentuk yang hebat adalah menggunakan rak rempah untuk menyimpan keperluan mandi atau bekalan pejabat.
2) Gunakan rak
Rak memberi peluang untuk mempamerkan koleksi dan barang dekorasi dengan cara yang kreatif.
Carilah rak tidak memerlukan paku, seperti yang boleh dipasang menggunakan pelekat kuat.
3)Eksperimen dengan pelekat dinding
Pelekat dinding memberikan elemen reka bentuk grafik yang menarik dan tidak invasif.
Pelekat dinding adalah alternatif yang menarik dan inovatif untuk kertas dinding.
Ia mudah dipasang dan tidak merosakkan permukaan dinding.
4) Manfaatkan rak buku
Rak buku bukan hanya untuk buku! Ia juga boleh digunakan bagi mempamerkan aksesori dekorasi dan memberi ruang penyimpanan tambahan.
5) Gunakan cermin
Cermin dapat mencipta ilusi yang lebih luas.
Cermin dapat membuka ruang dengan memberikan ilusi yang lebih besar dan luas. Ia juga sering kali menjadi alternatif seni yang lebih murah dan elegan.
6) Bawa bantal dan selimut
Bantal peluk dan selimut adalah barang dekorasi 'mudah alih' yang boleh dipindahkan dari bilik ke bilik dan diganti mengikut musim.
7) Cipta dinding galeri menarik
Dinding galeri memberi kebebasan kreativiti. Gunakan peluang itu untuk mencampurkan bingkai pelbagai saiz dan bahkan masukkan cermin untuk kelainan.
Elemen mudah alih seperti bantal peluk dan selimut sangat sesuai untuk ruang tamu dan bilik tidur.
8) Cuba eksperimen dengan tekstil
Pertimbangkan untuk menggunakan dinding yang digantung dengan tekstur atau tapestry sebagai ganti karya seni tradisional.
Ia memberi dimensi dan keunikan pada ruang.
9) Bingkaikan poster vintage atau foto hitam putih
Poster lama atau gambar hitam putih yang dibingkaikan boleh menambah karakter pada dinding tanpa menghabiskan banyak wang.
Fotografi hitam putih yang dibingkaikan boleh mencipta suasana moden dan eklektik.
10) Tambahkan kehijauan dengan pokok dan tumbuhan
Elemen hijau seperti pokok dan tumbuhan membawa suasana hidup dan nyaman kepada ruang anda.
Ia juga memberikan rasa sejuk dan segar pada ruang rumah atau pangsapuri.
Dengan beberapa tip mudah berkenaan, anda boleh menghias ruang sewa dengan gaya yang menarik dan peribadi tanpa melanggar peraturan penyewaan. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram