'Macam ada vibe lain', George Town masih destinasi pilihan no.1 meskipun bandar paling sesak di Malaysia


  • Massa
  • Selasa, 21 Jan 2025

George Town dinobatkan sebagai bandar paling sesak di Malaysia berdasarkan data TomTom Traffic Index 2024. — Gambar hiasan/The Star

KECOH di media sosial tentang kedudukan bandar dan negeri yang mempunyai masalah kesesakan lalu lintas di Malaysia.

Berdasarkan TomTom Traffic Index 2024 sebelum ini, George Town, Pulau Pinang dinobatkan sebagai bandar paling sesak di negara ini.

Bandar tersebut juga dikategorikan sesak dek purata masa yang diambil untuk perjalanan sejauh 10 kilometer (km) adalah kira-kira 27 minit.

BACA LAGI: [VIDEO] Tengah syok mandi air banjir, budak lelaki hanyut dibawa arus deras di Sanggar

BACA LAGI: [VIDEO] Kepala berdarah, ibu bapa terlepas pandang anak kecil lari berkaki ayam tak sengaja pecahkan pintu pasar raya di Kuala Terengganu

5772956909849130366

Suasana di Pulau Pinang yang tetap menambat hati pengunjung. — Gambar hiasan/The Star

Bukan itu sahaja, bandar itu juga menduduki tempat ke-73 dalam carta dunia.

Meskipun begitu, George Town dilihat masih menjadi destinasi pilihan utama untuk bercuti tidak kira warga tempatan mahu pun pelancong asing.

Menurut beberapa warga maya, bandar tersebut dianggap mempunyai suasana unik dan seronok untuk dikunjungi.

"Tetapi itulah, dalam banyak-banyak tempat aku pergi, Pulau Pinang ini macam ada satu vibe (suasana) lain.

"Tenang waktu malam dan sejuk dari pulau. Banyak makanan sedap," komen @pmudasnja.

"Sesak pun, hidup di Pulau Pinang masih bagus daripada Kuala Lumpur. Asyik pusat beli-belah sahaja, naik bosan. Nampak laut sangat menyenangkan," sokong @saidinrose1.

Sementara itu, selain George Town, Kota Bharu, Kelantan; Ipoh, Perak; Johor Bahru, Johor dan Kuala Lumpur turut tersenarai sebagai bandar tersesak di Malaysia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram