Ketahui cara hias ruang dalaman rumah guna 3 warna coklat


  • Massa
  • Selasa, 21 Jan 2025

Setiap warna memainkan peranan penting untuk menghias ruang dalaman rumah.

COKLAT, warna yang sering dianggap klasik dan menjadi antara pilihan untuk menghias ruang dalaman rumah anda.

Dari rona sederhana hingga gelap, setiap variasi coklat membawa karakternya yang tersendiri.

Berikut adalah panduan untuk menghias dengan warna coklat:

BACA LAGI: 'Macam ada vibe lain', George Town masih destinasi pilihan no.1 meskipun bandar paling sesak di Malaysia

BACA LAGI: [VIDEO] Tengah syok mandi air banjir, budak lelaki hanyut dibawa arus deras di Sanggar

p0h9k5dl

Setiap warna coklat itu akan mencipta suasana berbeza di dalam rumah anda. — Gambar hiasan/Agensi

Coklat sederhana

Sebagai warna natural, coklat sederhana mudah diserasikan di hampir mana-mana ruang.

Ia sesuai untuk mencipta lapisan dekorasi, memadankan dengan warna terang seperti putih dan krim, atau pastel lembut seperti biru, merah jambu lembut dan hijau pudina.

Coklat pekat

Bagi mereka yang mencari warna natural dengan sedikit kegelapan, coklat pekat pastinya menjadi pilihan yang tepat.

Rona hangatnya sesuai dipadankan dengan warna-warna berani dan terang seperti oren, kuning atau merah.

Ia sekali gus dapat mencipta suasana ceria dan bertenaga dalam ruangan rumah.

Coklat gelap

Sebagai alternatif kepada hitam, coklat gelap memberikan kontras yang ideal terutama jika digabungkan dengan elemen kayu.

Warna itu sesuai dipadankan dengan putih bersih atau warna sitrus seperti kuning dan hijau.

Kebanyakan pereka dalaman memilih untuk mencampurkannya dengan kayu berwarna pucat seperti birch, oak atau maple untuk mencipta estetika moden yang menawan.

Dengan fleksibiliti dan daya tarikannya, warna coklat dapat memperkayakan ruang anda secara tidak langsung menjadikannya lebih nyaman dan bergaya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram